Tuesday, August 21, 2012

Hero

Aktif kah aku ? itu mengarut.

Dah lama gila aku tak berada dalam arena ini. Macam macam benda merasuk aku tuk berada dalam arena ini. Kali terakhir aku aktif dulu, itu waktu aku sedang dirasuk tuk melawan kejahatan. Macam hero dalam filem, berlawan atas nama keadilan, lawan itu, lawan ini. Akhirnya aku kalah dalam bertarungan itu. Aku tersungkur lalu membawa diri ke lembah pengasingan diri. Mahu bertapa menjadi insan yang baharu lebih gah berdiri dengan kisah kisah yang baharu.

Aku hero yang kalah.

Walau kalah, kini aku bangkit. Aku guna kembali hikmat ilmu sakti waktu aku bertapa dahulu. Aku bangkit, Aku bangkit menjadi yang baharu. Hero baharu ?

Aku bangkit bukan nak membalas dendam, tapi aku bangkit tuk membalas budi mereka yang berjaya mengalahkan aku sebagai hero. 

Hero mimpi mimpian mereka kata ? mereka gelak terbahak bahak rasa semacam mereka sedang kata kepada aku tentang sesuatu, oh ya mereka sedang mengejek aku guna gelaran itu. Gila ! aku tak hirau, siapa mereka nak gelar aku dengan gelaran itu.

Ahh aku tak peduli. Aku Hero yang baharu. Sedang bangkit menjadi yang baharu.

No comments: