Monday, August 20, 2012

Hari Raya "Kita, Engkau dan Aku"

Selamat Hari Raya hendak nya, gua cuma ucapkan pada mereka yang mengenali diri ini.

Kita, Engkau dan Aku..

Ialah, aku cuma sekujur tubuh yang banyak dosa nya, hanya mampu lihat atas kesalahan lalu yang lampau, walau tak pasti atas kesalahan apa yang dah gua buat, mungkin juga kekasaran bahasa yang mengguris hati banyak pihak, termakan itu terminum itu tak sedar itu hak orang lain, tidak tidak gua sengaja mengambil perkara yang haram, pukul memukul kisah kisah lampau yang pernah menjadi nostalgia engkau dan aku, sepak terajang asam kehidupan engkau dan aku, tak kira niat atau amalan jutaan dosa terkumpul sejak azali pengenalan kita, hasad dengki, benci membenci, sifat sifat mazmumah ialah perkara yang hinggap pada tubuh ini buat diri ini menjadi kejam dan zalim antara kita, engkau dan aku.

Banyak dah perkara yang gua terbit dalam otak pemikiran gua pasal kesalahan kesalahan itu dan ini, sana dan sini ahhhhh sudah sudah.

Aku tak harapkan apa apa dah, cuma satu, satu saja gua harapkan antara kita, engkau dan aku. Lihatlah, pandanglah, telitilah nostalgia yang lepas, adakah itu perkara yang membanggakan kita, engkau dan aku ? tak pernahkah kita, engkau dah aku terfikir, terkenang mahukan kembali dari fitrah yang asal nya ? Apa kah perkara itu, berdamai, berbaik, memuji, mengenali, dan segala fitrah fitrah manusia antara manusia.Tapi, apa yang gua lihat antara kita, engkau dan aku ialah berbalik dari segala segala fitrah itu.

"Kenapa dan kenapa??" ayat ini menerjah segala persoalan dalam kotak pemikiran yang jahil antara kita, engkau dan aku.

Nahhhhhh, gua lontaran kan. BODOH ! sudah sudah la kita, engkau dan aku. Mari lupakan nostalgia lalu.

Akhir kata,

Satu perkara dari yang asal entri ini. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kita, engkau dan aku. Ampun maaf di pinta hendaknya. Moga kita, engkau dan aku kenali erti AIDILFITRI yang asal nya....

No comments: