Tuesday, March 13, 2012

Tak Menyesal

Pernah tak kita menyesal pada perkara besar yang pernah kita lakukan dalam hidup kita. Ya gua tahu, kekadang kita rasa menyesal, sedar tak sedar diri kita makin jadi lemah sebab asyik terfikir atas penyesalan kita. Kenapa perlu fikirkan tentang hal lepas, kenapa kita tak belajar dari kesilapam lampau. Bukan kita tak sedar, tapi nak mengorak langkah kehadapan itu buat diri kita payah.

Contoh macam menyesal ikut cakap dia, akhirnya kita pun lebih kurang sama macam dia, jadi gagal dan gagal buat kali kedua, tapi sedar tak bila dah menyesal kita malas nak bangun, malas nak fikirkan keadaan yang sepatutnya kita lakukan. Sepatutnya, lumrah sebagai manusia kita perlu bangun dari terus jatuh di lembah kegagalan.

Sesal kemudian hari dah tak guna, tapi kita perlu belajar menjadi sesal.

Berkawan

"Jangan ada istilah kawan baik, sekadar berkawan pun dah cukup, biler terhiris akan jadi luka besar"

Benar atau tak, gua amat setuju, kes macam ini dah berlaku banyak kali dalam hidup gua. Berani gua katakan, tak perlu ada kawan baik dalam hidup, sekadar berkawan pun dah cukup. Belum tentu kalau si kawan itu berjaya mereka ingatkan kita, silapsilap riak di pentas puncak bersama kejayaan yang berseorangan.

Tak kisah, tak menyesal gua tak ada kawan baik. Kalau menyusahkan buat apa ?

No comments: