Friday, February 24, 2012

Wedding Abang Pertama


 








Lihat gambar, lihat rupa, lihat cara, lihat mereka berdua, nampak ceria, macam puteri Hang lipo dari melaka mengahwini keturunan syed dari arab. Kenapa keturunan syed ? tak mengapa, gua sengaja kaitkan. Tapi intipati yang ada dalam gambar dah terungkai seribu makna, mungkin gua sendiri tak dapat tafsirkan, biarlah masa yang cerita kisah kisah manis suka dan duka mereka. Yakin pada jodoh maka yakin lah kita pada Allah. Alhamdulillah mereka di satukan. Ucap syukur tak terhingga pada yang esa.

Lihat Umi, lantas gua lihat abu di mana. Ya mereka tersenyum tanda mereka pun suka atas apa yang dah mereka restukan.

Baru hari ini gua ber kesempatan letak gambar wedding abang aki dan kak salmi. Padahal dah hampir 4 bulan usia perkahwinan mereka. Kalau Ikut kiraan matematik, gua rasa tak lama lagi gua bakal dapat anak buah pertama. Ntah macam mana rupa anak buah nanti, gua dan adik beradik lain ada mission yang mahu di selesai kan kalau kalau kak Salmi lahir kan anak pertama nanti. 

Ini antara abang gua dan adik beradik yang lain, macam mana kami nak mengimbas kembali layanan istimewa kecik kecik dulu, anak nya mungkin menjadi mangsa. gelak jahat !

Walau apa apa pun, mereka secocok. Mudah bagi abang gua lafaz akad nikah, tak ramai boleh buat sekali lafaz, mungkin sejarah pertama cucu yang berjaya sekali lafaz. Mudah lafaz, tapi gua harap abang gua tak ambil mudah menjaga kak Salmi. InsyAllah, sampai akhir hayat mereka masih melafazkan kata kata cinta, saling menyayangi dan berkekalan. 

Selamat Pengantin baru buat abang Aki dan kak Salmi.

cc to YD Lenca

3 comments:

Effa Lalala said...

Tsk! Bilakah tibanya masa aku pulak. Nak kahwin jugak.

k_Own said...

hehehehe. kawen la cepat2 epa

tak risau kteowg tgk epa nanti.

hahaha

Effa Lalala said...

Asal tak risau? Apa maksud tak risau tu? Haha.