Thursday, February 23, 2012

Random - Kejayaan kecil


Malaysia kalah dengan jepun atau lebih dikenali dengan panggilan Nippon suatu ketika dulu, ramai yang sedih. Tak sangka, Malaysia sebenarnya kehadapan, kalau kalah tak bermakna Malaysia kalah, cuma anggap saja yang sekarang mereka sedang menang menimba ilmu. Mungkin bukan generasi sekarang dapat peluang untuk lihat Harimau Malaya ke olimpik, tapi mana tahu generasi seterusnya. Gua masih percaya, sebelum gua mati, gua nak lihat Malaysia beraksi di pentas olimpik, kalau tak olimpik mungkin piala dunia gamak nya. Tak apa macam mana kisah Malaysia mahu ke piala dunia atau olimpik sekali pun, gua tetap menaruh harapan pada Malaysia

Mula kan kejayaan yang kecil ini di biak biak menjadi kejayaan yang lebih besar.

Malaysia kehadapan, gua pun nak kehadapan. Tak kan gua nak di takuk yang lama. Meningkat nya usia gua, maka meningkat lah juga kejayaan gua. 

Sudah gua kata, jangan toleh toleh belakang bukan. Mari toleh ke depan dan tengok apa yang ada, toleh depan bukan bermakna gua lupa kan yang belakang, cuma gua nak bagi peringatan kat diri gua, gua tak nak yang depan itu masih di hantui jejak toleh belakang. Peringatan penting, supaya diri kita sedar kita berada di mana. 


Macam rangking Arsenal di tempat ke empat tiap musim, tiada piala 7 tahun lama nya. Arsenal tak maju kan ? masih di takuk itu. Kalau Arsenal berubah kasi matang skuad nya, gua rasa adik beradik Manchester atau chelsea pun cuak dengan Arsenal. Silap silap seantero Euro Arsenal pegang, tak apa kejayaan Arsenal dulu pernah gua rasa, Malaysia je belum pernah gua rasa lagi.

Tak payah nak menyesal sangat. Bagi Pengajaran sikit baru tahu apa itu erti hidup. Pasti kejayaan sedang menunggu anda di hujung sana, ingat jangan toleh toleh belakang !

3 comments:

Effa Lalala said...

Saya anak Malaysiaaa *nyanyi nyanyi*

k_Own said...

effa : Perempuan sumpah cantik kalau pakai baju Malaysia. percaya lah !

Effa Lalala said...

Aku ada baju Chelsea je dowh. Aku tak cantik aa ni? :/