Wednesday, February 1, 2012

Encik Presiden


Tak pandang siapa presiden dalam youtube di atas, tapi gua pandang cara pendekatan atau cara ber mesra dia dan  rakyat rakyat dia. 

Kalau lah perdana menteri kita Najib, buat pendekatan yang lebih kurang macam nih. Tentu perkara yang dia kurang peka akan lebih peka maka dengan cara ini rasa hormat rakyat terhadap Najib makin bertambah mantap. 

Pendekatan Najib lebih kepada berkempen dari satu kawasan ke kawasan, gua kurang nampak Najib berdialog dengan orang di luar sana. kalau lahh Najib berdialog dah tentu banyak isu yang bakal dibincangkan, banyak masalah masalah dalam negara dapat diselesaikan. 

Gua heran sekarang sebab rakyat kita banyak banding kan negara Malaysia dengan negara jiran macam Thailand, Kemboja atau Laos sekalipun. kenapa tidak kita bandingkan pula negara Malaysia dengan Singapura, sudah tentu jauh ketinggalan Malaysia. Malaysia perlu jadi kan Singapura sebagai penanda aras untuk lebih maju ke hadapan. Lihat lah korea, mereka seiring dengan kita dahulu. Tapi sekarang jauh ke hadapan, kerana korea jadi kan Jepun sebagai penanda aras untuk mereka lebih maju. lagi contoh lihatlah kereta jenama KIA dengan PROTON, siapa lebih gah di mata dunia ? fikir fikirkan lah. 

Jangan lah kita kelak digelar RAKYAT SUBSIDI, dimanjakan dengan bantuan tanpa mahu berusaha lebih keras. gua tahu gua di biayai oleh subsidi kerajaan, tapi gua tak nak gua rasa selesa tetapi berusaha lebih keras untuk maju dan lebih maju. 

4 comments:

Aesya Zealous said...

yeahh berusaha!!

yoi said...

nice! but kia dr mane sebenarnye?

k_Own said...

Kia dari korea. kenapa ye ?

yoi said...

nk g li kat kilang kia. hahhaha tipu.