Sunday, February 19, 2012

Bumi Cinta - Selesai

Novel Bumi Cinta

Novel yang hebat di baca, tanpa perlu risau tatabahasa indonesia. serius gua cakap, tak macam novel cinta yang lain lain yang pernah gua baca selama ini. sebab novel cinta ini bukan hanya pada manusia tapi PRIMARY nye novel ini cinta pada yang Esa. 

Ter Sangat hebat lah jalan cerita dalam novel ini cuma setebal 700 muka surat dah banyak kisah kisah yang telah penulis rungkaikan bukan hanya pada sifat ketuhanan, tapi banyak juga kisah kekejaman, sejarah, kehebatan negara Russia sebelum dan selepas zaman Stalin dan Relin, terlalu banyak. 


Cuma terpalit sikit kisah dalam novel ini bagaimana cinta nya dia pada kekasih setelah benar benar ada ikatan yang sah, maksud nye "sudi kah engkau nikahi aku". Terlalu ohsemmmm dan tragis.

Tak sampai dua hari, gua dah habis baca novel ini. Khusyuk sampai gua boleh tertido tido, paling best gua sempat mimpi kan kisah kisah macam yang ada dalam novel. bukan apa, Ayyas watak utama dalam novel Bumi Cinta, telah terancam nyawa apabila menjadi sasaran untuk dianiaya oleh geng geng mosad bebudak yahudi, gua cuma watak sampingan terdesak nak bagitahu pada Ayyas yang "engkau terancam", tapi sayang jalan cerita itu tak wujud sebab tak lama lepas tuh gua terus bangun, begitu lah impak nya bila gua menghayati novel ini.

lagi kisah yang ada, penulis cuba mengambarkan kecantikkan wanita Russia yang tiada tolak banding nya dengan wanita di dunia yang lain. Sangat teliti gambaran keindahan dan panorama yang ada pada wanita Russia, sampai buat gua turut membayangi mereka wanita Russia. 

Indah Indah mereka, lagi Indah awek gua. 


Mungkin tak sampai 20% gua cerita tentang novel ini, tapi dah cukup buat gua rasa perlu korang perlu hayati sendiri kisah kisah yang ada dalam novel paling best pernah gua hayati. Ohsemmmm

No comments: