Monday, January 30, 2012

Dunia Ragbi

Bila bercakap tentang ragbi, ramai yang kata mereka kuat, mereka ganas, mereka tak gentar, YA mereka tak gentar. setahu aku, bila budak ragbi dan ragbi dah sebati, jangan kata badan besar macam malek noor, gemuk pendek macam mana pun apa ada hal. mereka mampu tanam, istilah tanam hidup hidup dalam padang macam dah biasa biasa bila jadi bualan di kalangan budak budak budak ini. heh !

Tapi, tapi mereka bebudak ragbi sebenarnya bukan la jenis menunjuk, nak kata mereka nih lagak macam anak datuk tak juga. mereka masih berpegang pada prinsip, dalam padang hal padang kalau luar padang hal luar padang, jangan sesekali campur aduk hal dalam padang ke luar. pantang gua cakap.

Budak ragbi bukan takut nak bersemuka, tapi malas nak melayan mereka yang gila meroyan. gua tahu, suatu hari nanti mereka pasti terdiam.

Ragbi dan Cinta ?

Antara ragbi dan cinta ? dah tentu gua pilih cinta. sebab tak rugi kalau gua tak ikut serta masuk tournament, tapi sumpah rugi kalau tak ikut cakap cinta. benar kata orang, jangan lupa pada yang tersayang. ragbi banyak pilihan, tapi cinta tak banyak pilihan.

3 comments:

yoi said...

hhahaah gelabah. eh hello, dah pulak balik okay boot awak tu. g la main puas2.

wanie azmi , said...

ceyy

qiStina said...

ceceee hehe :p