Tuesday, July 19, 2011

KAWAN

Dulu kita rapat, rapat macam adik beradik. Dulu kita kenal, kenal ber macam macam kisah engkau dan aku. Dulu kita seronok, seronok lihat gaya lucu lucu engkau dan aku. tapi kini, kisah itu macam cerita dongeng, macam bila dicerita kembali pasti orang rasa, cerita itu bagai tidak wujud betul betul. padahal dulu engkau dan aku bahagia, tersangatlah bahagia dahulu. kalah macam mereka yang berkasih sayang.

tapi kini kisah kisah itu....

benar benar dongeng oleh mereka. kisah kita adalah saat paling manis pernah aku rasa selama kita kenal. kenapa bila sesuatu buruk pasal aku di cerita kan, engkau bulat bulat terima cerita itu. kenapa engkau kawan, engkau tidak bertanya terus pada aku saja. kenapa masih menjadikan dia sebagai rujukan tentang aku. engkau sebenarnya lagi kenal kisah aku dari dia, engkau lagi kenal aku. sebenar benar nya kenal.

tapi sudah terlambat sekarang, sebab engkau dah mula tanam rasa benci pada aku. kalau kalau aku cerita kembali tentang apa yang berlaku kini, belum tentu engkau percaya, mungkin juga engkau anggap aku ini hanya mainan sandiwara.

aku mengaku, aku bersalah. aku bersalah sebab sikap aku, sikap yang ingin rahsiakan sesuatu benda pada orang lain. mungkin beberapa individu lain tahu pasal aku, mereka lebih kenal aku dari engkau yang kenal aku yang dah bertahun tahun bersama. tapi, cuma, alasan aku dah lali kawan. termasuk juga dengan semua perkara yang asyik menghentam hidup aku, mereka cuma tahu menghentam padahal mereka tak pernah rasa tahu apa yang aku ingin dari hidup aku. menghentam adalah kejam.

mereka kacau hidup aku, aku tak kacau hidup mereka. mereka boleh hidup sepuas puas nya, sebab aku tak pernah rasa ingin ambil port pasal mereka. aku tahu saja pasal mereka, tapi aku diam diam sahaja rahsia antara aku dan mereka. mereka pandai berkata kata, tapi no action. kadang kala buat aku rasa ingin gelak terbahak bahak, tapi apa kan daya, cuma yang tahu hanya lah aku cukup lah buat aku rasa puas yang sementara asal kan aku merasa juga apa itu puas.

kawan, pernah tak engkau ambil port pasal masalah masalah aku. kini engkau pula jadi macam mereka, seantero dengan mereka. menghentam aku macam mereka menghentam aku, langsung tak ingin membela aku. ahh aku tak ingin tahu apa maksud sebenar KAWAN dalam kamus, biar aku aje yang terangkan maksud apa itu kawan. kawan bagi aku ialah, engkau kenal aku, aku kenal engkau. sudah cukup buat aku rasa apa itu kawan.

aku rindukan KAWAN.

5 comments:

qiStina said...

apa emo2 ni k own? cool dude, cool :D hehe

a friend in need is a friend indeed. lame gila aku bg proverb haha

vampire's lovex said...

kawan yg true susah nak cari dah skrg...

ramai kwan ketawa je

ROY said...

Sungguh cetek makne kawan bagi anda..

mak aku selalu cakap kat aku True friend akan bersame kawan die dlm susah senang..dan die akan menasihati kawan die wlaupun dia tahu nasihat dia itu akan membuatkan kawan die benci die...dan tak kan pernah meninggalkan kawan die dalam kesusahan.dan x kan pernah tipu kawan die..

tapi kawan plastik akan ade time senang ngan kawan die saje.. dan akan sentiase sokong kawan die walaupun bende tue buruk.

dari sorang kawan yang mungkin anda benc-tapi gue x kisah :)

Anonymous said...

aku bukan plastik.tp itu aku.kawan kamu.bkn kwn plastik.kau lebih knl aku.
Tp aku sntiasa ada disini.sebagai kawan kamu.
Ery =)

aini kadir said...

kemon la.. kawan dtg nih