Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa buat ayahanda Mohd Noor, lebih mesra dengan gelaran abu atau abi oleh abang sulung gua, panggilan itu kemudian hanya jadi ikutan pada adik adiknya.

kasih dan sayang ayah pada anak anak nya tidak ternilai jika di nilai dengan wang ringgit atau emas sebesar gunung sekalipun. Jauh di sudut hati kecil insan yang bergelar ayah, ayah sentiasa mendidik kita bagai menatang minyak yang penuh, penuh dengan ilmu ilmu berguna, mengajar kita erti tidak KALAH,  ayah sentiasa ingat kan kisah kisah silam ayah sebab ayah tak nak anak anak nya ulang kisah kisah silam dia yang lalu. nasihat nasihat berulang ulang kali didengar macam tak jemu cerita pasal teladan dan tauladan ayah pada anak anak nya.

gua tahu kadangkala kita hanya ingat kasih emak, padahal kasih ayah pada kita tetap ada. biasalah, ego para lelaki, mereka enggan menunjukkan apa yang tersirat dalam hati. tapi masa gua kecil, gua ingat lagi kisah ini, kisah ayah dan anak kecil nya.

"abuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu", macam biasa memekik mekik nama ayah, meraung akibat terjatuh dari basikal beroda tiga, basikal yang baru di beli oleh ayah juga hadiah dari ayah sebab gua dapat keputusan periksa cemerlang di sekolah.

"ehh erol nih, degil cakap abu kenapa ? tengok kan dah koyak koyak baju tuh, luka tangan lutut sesemua, dah dah masuk rumah pergi mandi, hah apa buat muka kesian kau ? tak ada tak ada, esok esok jangan harap dapat naik basikal kalau erol degil macam nih", telinga gua macam kena tarik oleh ayah kuat kuat kerna perangai degil gua, gua ingat ketika itu, ayah betul betul rasa marah macam tak nak simpati dengan nasib gua waktu tuh.

tapi...

bila gua lihat betul betul wajah ayah ketika itu, terpancar rasa menyesal, takut dan risau dengan keadaan gua waktu itu. tapi kerna ego nya sebagai lelaki, ayah sembunyi rasa rasa simpati itu macam mahu control macho depan gua. kenapa ayah tak luah kan sahaja pada anaknya yang ayah simpati dengan nasib anak nya waktu itu, mungkin kalau ayah luahkan rasa itu, hari hari anak nya anggap ayah lah raja di hati dan ibu ialah permaisuri dalam hati anak nya. 

Padahal hari hari gua rasa ayah dah pun jadi raja di hati gua, hari hari ayah !

Pesan emak, hari hari , hari ayah dan hari hari juga hari Ibu. terima kasih ayah, tiada engkau di bumi ini bagai tidak lengkap apa yang dah gua nikmati hari ini, semua kerna kegigihan dan kerja keras ayah untuk kami, menyediakan tempat tinggal, makanan, tempat tidur, pakaian pakaian dan pelbagai rasa tanggungjawab ayah dah pun laksanakan. kini tugas tugas itu bakal di galas oleh anak anak nya nanti, jasa ayah pada kami, tak akan kami lupa. itu janji kami sebagai anak.

Engkau lah Ayah yang satu. Selamat Hari Bapa.

4 comments:

faraheleena said...

camat hari bapa :)

Hans said...

yups
hanya bapa kitalah bapa kita kan :-)
selamat hari bapa kepada bapa2 sedunia

Syaitan Memang Durjana

k_Own said...

selamat : )

k_Own said...

hans : selemat....