Sunday, June 5, 2011

PENGORBANAN

Di kala malam sedang gua menunggu saat mahu menonton persahabatan bola sepak antarabangsa antara negara negara gua tiba tiba terfikir apakah erti PENGORBANAN  ?

Lihatlah video dibawah pengorbanan si ayah dalam bergadai nyawa untuk menyelamatkan anak nya yang masih kecil itu. sungguh mulia sifat si ayah pada mata gua.


"Ketika kereta mendekati Mr Leech secara spontan dia membalikkan badannya untuk melindungi anaknya. Akibatnya dia tersepit di dinding dan membuat kakinya patah, tapi aneh dan luar biasa dia dengan tenang menggendong anaknya menurut beberapa saksi setelah kecelakaan"

Lagi contoh terdekat perngorbanan depan mata gua, abang gua sanggup berkorbankan masa, penat lelah serta wang ringgit sambil membawa kereta nya dari KL ke Penang kemudian patah balik ke perak. semata mata hanya mahu menghantar tunang yang tercinta ke halaman rumah, kemudian di pagi hari pergi kembali ke Penang untuk bersua seketika dengan tunang yang tercinta. adakah itu contoh terbaik di definisi kan sebagai pengorbanan ? pengorbanan berasaskan cinta dan kasih sayang terhadap tunang yang tercinta.

Pengorbanan paling dekat pernah gua rasa, selama nya gua sendiri tak akan lupa kan. iaitu pengorbanan antara ibu dan ayah terhadap gua. ia adalah pengorbanan yang gua sendiri rasa perlu untuk sesuatu institusi kekeluargaan bagi membina kebahagiaan. percaya lah, jikalau tiada pengorbanan nescaya tidak bahagia lah hidup mereka selama berkeluarga.

Pengorbanan mereka membesarkan anak nya, pengorbanan mereka dalam mencari sesuap nasi untuk  anak anaknya, pengorbanan mereka dalam membentuk sebuah keluarga yang mantap. itu adalah antara kebanyakkan pengorbanan mereka yang bergelar ibu dan ayah kepada anak anak nya. sebagai anak yang masih pegang pada ajaran agama, kita perlu menghargai apa yang ada di depan mata, balas lah pengorbanan mereka selagi nyawa kita masih ada. kelak terlambat pasti gua rasa, "RUGI" hidup nya sebagai manusia yang telah bergelar "ANAK" pada mata ibu dan ayah.

Pengorbanan paling besar dalam sejarah Islam, ialah pengorbanan cinta nya pada Allah, kisah antara nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. kisah ini ada dalam subjek sejarah masa gua di sekolah dahulu, menceritakan Nabi Ibrahim di wahyu oleh Allah untuk menyembelih anak nya yang tercinta iaitu Nabi Ismail. Atas dasar cinta pada Allah, Nabi Ibrahim menyambut baik wahyu yang diutus lalu menyembelih Nabi Ismail, kemudian dengan kekuasaan Allah Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas. Ia adalah pengorbanan paling mulia dalam mencintai Allah. 

Setiap dari kita perlukan pengorbanan dalam hidup. pengorbanan itu penting dalam suatu kehidupan. jikalau pengorbanan yang baik baik pasti di balas baik dan sebaliknya. sebenarnya tak lekang kita hidup ini dengan pengorbanan, sebab pengorbanan banyak terlalu banyak versi. cuma kita perlu hargai setiap pengorbanan depan mata dan lakukan lah apa jua pengorbanan dalam hidup semoga hidup kita tidak berada dalam penyesalan dan kerugian.

4 comments:

yoi said...

pengorbanan i mana? hmm!

elis wanie said...

pengorbanan tu macam da sebati dalam diri masing masing sbb kadang kadang tanpa kita sedar,kita da melakukan pengorbanan.

k_Own said...

yoi : hahaha. u already get it. hehe

k_Own said...

elis : benar benar belaka kata kata elis. hehe