Wednesday, June 29, 2011

Pengalaman SENIOR


gua dapat pengalaman baru, pengalaman yang mengajar erti apa itu senior dan junior.

gua junior, mereka senior. kadang kala mereka  senior tapi usia mereka muda bertahun dari umur kita. walaupun mereka muda bukan juga tiket untuk kita rasa kita lah abang, kita lah brader besar di situ, kita la along. tidak tidak, yang penting sekarang kita kena ada rasa hormat dekat mereka. bukan hormat itu, macam hormat tabik askar atau hormat depan sultan. tapi kena ada rasa hormat sebab mereka lah lubuk segala pengalaman di tempat kerja.

abang gua pernah cerita pengalaman berkerja dia.

" abang berpangkat lebih tinggi, sebagai engineer tapi mereka mereka di bawah, sebagai technician. abang tak pernah tunjuk berlagak, tak pernah rasa riak, tak pernah rasa tidak hormat tapi abang hormat mereka mereka di bawah. abang boleh siap lepak hisap rokok bersama sama. walaupun sekarang abang berganda ganda gaji dari mereka mereka mereka masih memanggil abang untuk melepak kalau kalau ada masa. sebab satu je, mereka mereka lah lubuk segala pengalaman, macam macam benda dah mereka ajar dekat abang. tanpa mereka, siapa lah abang kini"

itu cerita abang, perkara positif pasal HORMAT dah abang gua cerita. pengalaman mereka adalah juga tiket untuk kita maju ke depan.

kini gua mengamalkan konsep hormat. satu perkara lagi gua kena tahu sebagai orang baru di tempat kerja.

JANGAN JADI BODOH SOMBONG !

kamu tahu diri kamu adalah budak budak di tempat kerja, macam kamu merangkak rangkak sewaktu kami berusia 2 3 tahun. tapi jangan lah kamu tahu semua perkara atau kamu nih lah yang lebih lama berkerja di situ dari mereka yang lebih senior dari kamu. kalau kamu tak tahu apa yang kamu dah buat, cuba kamu bertanya dan bertanya. jangan kamu takut kan mereka mereka di atas, sebab mereka mereka nih lah lubuk pengalaman, bermacam perkara nanti kamu dapat belajar dari mereka.

malu bertanya atau segan bertanya, sampai bila bila engkau akan sesat jalan..

p/s: gua dah penat berkerja sekarang, gua nak rehat kan minda. sihat minda, maka kerja kerja kamu nanti sentiasa maju ke depan. esok gua nak layan transfomers 11.30 pagi nanti. 3D 3D lebur duit aku.

2 comments:

vampire's lovex said...

ijazah terbaik ialah pengalaman..x rugi jadi ramah,rugi jadi sombong....

xD

yoi said...

lebur duit lu? errr. mmg nk kne ni!