Monday, June 6, 2011

Menghabiskan MASA



menghabiskan masa ?

Ini lah antara cara gua nak habiskan masa gua di kala sedang cuti cuti nih. gua dengan berani nya tanpa memberitahu abang gua, gua terus pergi ambil kereta sport abang dan lanyak terus ke jalanan tak kira lah di highway mahu pun jalanan kampung. kalau lah ketika ini gua  berpeluang dapat masuk ke litar sepang F1,  berani gua cakap gua boleh tapau itu sebastian vettel, perlumba yang sekarang nih dah pun menang tempat pertama 5 dari 6 perlumbaan F1 pada musim 2011. mungkin gua berani bermimpi sekarang, tapi belum cukup berani untuk gua bersemuka dengan Sebastian Vettel SEKARANG.

Video di atas, adalah video SEGMEN bersama kereta sport abang gua di kala petang yang indah dan hening itu. sayu sebenarnya pemandangan di kampung tempat gua tinggal, nyaman dan damai itu lah objektif kenapa gua balik ke kampung halaman sambil sambil itu gua juga luangkan masa bersama sama dengan famili. biasa lah gua, gua kan baru aje putus cinta, mencari dan tercari gadis yang sesuai belum kesampaian setakat ini. walaubagaimanapun ketenangan juga perlu dicari, maka bermula aktiviti gua iaitu SEGMEN bersama kereta sport abang gua. 
 
Bahaya dan merbahaya mungkin dalam pemikiran mereka yang sedang menonton video di atas, ingatlah bagi gua, ia tak merbahaya macam mereka fikirkan kerna, suspensi racing kereta yang mantap, di tuning oleh team racing car, cara pengawalan kereta yang betul telah pun di ajar oleh jurulatih yang melatih pelumba pelumba di litar sepang F1 dan banyak lagi faktor faktor yang buat gua rasa tak merbahaya.

Serius gua cadangkan jangan tiru aksi di atas, sebab ia mengundang bahaya pada pengguna jalanraya yang lain. jangan sesekali ingat jalanraya itu jalanraya mak bapak korang yang buat, sebab gua dah pun berjanji pada diri ini perbuatan di atas tak akan sesekali gua lakukan. 

aksi aksi di atas ialah, gua cuma mahu mencari ketenangan sebentar !

3 comments:

Cik NurulZaty said...

great.

k_Own said...

great je ?

ROY said...

KAYE DOH.....ade kete sport....