Thursday, June 30, 2011

komen - Malaysia vs Taiwan



Aku TER main copy and paste je pasal cerita Malaysia vs Taiwan tadi. lagipun aku terambil komen ini dari komen pembaca di Berita Harian. sungguh panjang lebar lebar cerita pasal kelemahan pasukan malaysia dari pembaca ini. apa apa pun, secara keseluruhan dari apa yang dah gua lihat, permainan malaysia ada kemajuan, itu yang gua harapkan sangat. 

patriotik sayang kan Malaysia masih menebal dalam jati diri gua. aummmmmmmmm...

*************************
Malam ini, prestasi Malaysia agak mendukacitakan. Pemain Malaysia cuba beraksi sebaik mungkin namun dgn keputusan kemenangan 2-1, defisit gol itu mudah sahaja untuk diatasi lawan.

Kelemahan Malaysia - kata pembaca berita harian

Kelemahan utama Malaysia adalah pada kekurangan attacking midfielder yang baik. Malaysia sgt kurang menghasilkan 'threw ball' yg cantik terutama setelah keluarnya kapten pasukan, Shafiq Rahim. Ini kelemahan utama Malaysia. Letaklah tiga orang penyerang sekalipun, namun jika peluang membolosi gol lawan dari sudut yg paling terbuka iaitu dari tengah tidak diberi perhatian, maka ia seumpama usaha meletakkan banyak jerat namun di tempat kurang tepat.

Kita perlu attacking midfielder yg lebih ramai dan sekaligus berkualiti utk menghasilkan threw ball yang cantik pada penyerang. Berikan nama pasukan bola sepak terbaik dunia mana yg tdk mempunyai attacking midfielder yg baik pada saya. Kesemua pasukan terbaik dunia pasti mempunyai pemain posisi ini yang baik. Pemain pemain terbaik dunia juga kebanyakannya adalah pemain yang bermain di posisi ini dari Diego Maradona, Francesco Totti, Kaka, Cesc Fabregas, Lionel Messi malah Christiano Ronaldo yang diletakkan di sayap juga pada kebiasaannya akan 'merayap' ke posisi ini.

Malaysia pada malam ini banyak menumpukan usaha menyerang dari sayap kiri iaitu S. Kunalan manakala gerakan dari tengah mudah sahaja dihalang lawan terutama pada 25 minit akhir permainan. Sayap kiri Malaysia kelihatan penat dan riak kecewa jelas pada wajah kebanyakan pemain (malah penyokong) apabila setiap percubaan yang dilakukan terbantut di pertengahan jalan. Mengharapkan serangan dari suatu sudut sahaja memang bukan jalan yang patut dipilih oleh Malaysia. Apatah lagi serangan dilakukan dari sayap, tempat yang mempunyai sudut yang kecil untu menjaringkan gol.

Kelemahan kedua Malaysia pula adalah pada pemain pertahanan yang leka untuk mengekang pemain lawan. Pemain lawan tidak seharusnya diberikan peluang langsung untuk mencuba kerana sepakan meraka yg deras mampu merobek gawang seandainya tepat ke sasaran. Sepakan sederas itu dimiliki Safee Sali namun aksinya malam ini membawa persoalan dan membawa kita kepada jalan utk mencari satu lagi penyelesaian, membawa Safee ke tahap sebenar malah tahap yang lebih tinggi daripada apa yang pernah dibuktikannya kepada kita semua.

Saya faham akan kesungguhan dan kesukaran pemain untuk mengekang pemain lawan namun menghadapi dan mengekang setiap asakan mereka bukan lagi satu pilhan. Ia suatu kemestian yang perlu dilakukan dengan tekad yang jitu. Begitu juga asakan kita harus lebih tajam dan tepat ke sasaran. Cubaan-cubaan jauh yang dilakukan seharusnya disasarkan pada tengah gol sahaja dan sedikit 'ralat' akan membawa bola ke sudut dan bucu tiang gol, mudah-mudahan..

Apa sekalipun, jangan panik dengan keputusan malam ini. Teruskan memperbaiki persembahan dan perbanyakkan doa. Mungkin selepas ini pemain-pemain boleh mepertimbangkan untuk memakai 'seluar tight' ? Semoga Allah SWT dan rakyat Malaysia akan bersama-sama dengan pemain dalam setiap aksi yg dipersembahkan. Semoga kemenangan demi kemenangan berjaya dicipta sehingga kita layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Mungkin akan ada keajaiban pula jika kita telah mampu ke sana? InsyaAllah...

No comments: