Thursday, June 2, 2011

KALAH

KALAH adakah ia bermaksud LOSER dalam bahasa inggeris ? untuk gua iye, kadang kadang biler gua rasa macam tuh gua terus terang gua geram bercampur baur dengan perasaan ingin memberontak. tapi itu benar benar bukan gua, gua suka pendam kan perasaan itu. walaupun gua tahu, bila asyik memendam rasa, sampai suatu tahap itu kita mesti terasa macam nak meletup, lantas bila meletup baru mereka mereka ini tahu apa sebenarnya terbuku dalam perasan dan hati empunya diri. satu jalan untuk suatu permasalah sebegini, iaitu BERSABAR.

"Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru", kata kata dari novel romantis, novel yang bertajuk KASIH YANG SUCI, benar benar terpanggil untuk menghayati kisah di sebalik kata kata romantis itu.
KALAH dalam cerita Nora Elena sebenarnya bukan di adaptasi dalam kehidupan harian gua, tapi lebih pada versi kalah yang lain, bila dah kalah mesti rasa nak menang untuk gadis bernama elena.

"rupa rupa nya Seth yang merogol Elena", getus perasaan dari seorang kawan gua, marah dan benci bila rasa itu menjengah di sudut hati kecil perempuan.

Baru gua tahu, rupa rupa nya si Seth yang rogol si elena. bila berita sebegini tersebar luas, maka ramai lah gadis gadis luar sana berasa kecewa dan marah kerna si Seth yang kelihatan lebih kacak dari si Eid yang merogolnya, ini semua gara gara lakonan dari si Aaron Aziz, "macam gua je lebih kacak dari dia", kata kata dari perasan cemburu dan iri hati dalam diri gua.

Tapi kenapa tidak, si gadis gadis itu turut membaca dan mendalami cerita novel hasil karya Meen Zulaikha, novel yang bertajuk "Kasih Yang Suci" juga sebuah novel bergenre Romantis, novel ini di adaptasi kan ke drama Nora Elena.walaubagaimanA pun hanya 70% peratus dari novel ini diadaptasikan ke drama Nora Elena, untuk betul betul menghayati DRAMA bersiri itu, gua cadangkan cuba lah dahulu melayani novel itu sendiri, pasti rasa bahagia apa sebenarnya yang berlaku pada Nora Elena, gua dah baca gua dah rasa apa yang ada dalam hati Nora Elena ketika ini.

"Oh JIWANG lah Novel macam nih, jiwang bukan gua", kata kata sinis dari seorang yang benci pada jiwang tapi hobi membaca ialah rutin hariaanya. itu bukan alasan seorang yang gemar pada membaca, bagi gua ia tak salah sebab nya kadang kala hati ini memerlukan juga rasa layanan mesra, ia bagaikan ubat atau suatu urutan macam berada di SPA seketika sesuai untuk layanan hati ini yang sentiasa perlu dimanja dan dibelai.

Sinopsis Novel Kasih Yang Suci

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

mari membaca novel online di SINI

7 comments:

abdullah gazali said...

bro...suke simpan perasaan ek?
pendam rasa sorang2..hik hik hik..
anyway,dah lame x jmpe//
kita last jmpe mase raya lepas kan?

Piasara said...

"akak pun malas nak tgk citer ni sbb ank dara akak dah bc novel ni jd dia dh gitau sikit2..akak kalau dh tau citer mula malas nk tgk..lg satu akak ngan ank dara akk dgn abahnya sekali suka mereka-reka cerita bila tgk satu2 drama baru kt tv..selalunya telahan yg kami buat mmg betul..alahh lagipun drama melayu mmg kita dah boleh teka ending dia kan..."

Cik NurulZaty said...

sejak bila awak layan novel novel ni?

Rai said...

woittt..ko fitnah ke betul seth yg rogol elena!!! alaaaa.. punya laaa aku ingatkan mamat si eri putra ke sapa dah..sbb mamat tu kan muka jahat..apesal masa part rogol tu nampak cam eri tu..mencik!!

lala shaheila said...

hehe..tgk episod akhir je la :)

Hans said...

aku boleh terlayan pun sebab mak aku tgok
dah aku tgok tiba2 rasa best
so layan je lah
hehehehe

yoi said...

eeeeeuuuuuuuuwwwwwww, jiwang! geli betul, hahhaha