Tuesday, June 21, 2011

Hari Pertama


everything has its own value, gua ciplak ayat ini, mungkin ayat rakan blogger gua sendiri. apa apa pun gua dah macam sedar tentang suatu perkara, tentang kepayahan mencari wang sendiri, sebab selama nih gua asyik belanja dan belanja, tanpa kenal erti nilai duit yang dah gua belanja.

sedar tak sedar gua habiskan duit permberian ayah, sedar tak sedar gua dah pun guna duit pemberian emak lebih lebih. macam tiada penghujung, gua asyik rasa gairah ber belanja tanpa rasa ingin tahu kemana arah duit itu disalurkan ?

kini bila rasa dah berkerja sendiri, baru gua tahu nilai sentimental hasil dari wang kerja sendiri. sebab ia hasil dari titik peluh kita, memerah keringat demi mendapatkan sejumlah kecil wang, baru gua betul betul hargai wang depan mata gua. tak kisah lah ia dari pemberian orang atau wang yang gua kutip tepi jalan sekali pun gua tetap hargai wang depan mata.

terima kasih, sebab gua awal awal dah rasa kepayahan macam mana nak mencari rm1. sebab selama nih gua anggap rm1 macam gua buang buang macam tuh je ?

hari pertama berkerja, gua macam biasa buat buat muka tebal macam gua bentangkan assigment depan orang kawan kawan gua dan pensyarah. penuh dengan senyuman agar gua dapat menutup rasa cuak dan takut apabila berdepan dengan rakan sekerja yang lain, sebab mereka lebih senior berbanding gua yang masih lagi baru menjejak kaki di situ. apabila mereka bertanya, gua tidak perlu rasa segan dan silu menjawab soalan dengan rasa penuh keyakinan agar mereka tidak salah tafsir tentang diri gua. 

gua syukur selama sesi berkenalan dengan mereka, mereka peramah , bertubi tubi soalan gua di tanya gua jawab. bagi gua, ia macam tiket untuk kita rasa selesa dan tidak kekok selama kita berkerja di situ, kelak bila dah rasa selasa dan tidak kekok mungkin sedar tak sedar kita dah berani buat kerja lebih masa.

paling penting, nasihat gua, bila rasa diri itu masih baru atau junior di tempat kerja, kita layan kan arahan arahan mereka yang lebih senior, trainee, star 1/2, operation manager atau pengurus besar sekalipun, jangan sesekali lawan atau rasa bongkak depan mereka, silap silap kita tak mampu bertahan dengan hari hari yang mendatang nanti.

kepuasan mencari pengalaman sebenarnya lebih penting walaupun kita kuli mereka mereka di atas, kelak kita pula yang berkuasa nanti. heh !

6 comments:

vampire's lovex said...

baru tahu susah kan bila dah keja nih..kalau tak,tahu mengabis duit je hohoho..

gud luck !!

Rai said...

good luck! walau pun tak perabih duit mak ayah..masa study dulu duk makan duit scholar rasa macam duit turun dari langit..sekarang ni tau dah la susahnya..kehkeh..

ain revival said...

sekarang aku praktikal baru tahu penat bekerja..balik dengan letihnya + jalan jam..baru tahu cari rezeki ni susah..dulu kita juz mintak jep duit dgn abah terus dapat..

elis wanie said...

ha bagus2,sedar jugak haha

yoi said...

awak nye, dah xlarat. =.="

Hans said...

yups
masa aku kerja dlu pun aku dah rasa macam mana susah nya cari duit.
sejak2 tu aku dah malas minta duit dkt mak ayah
selagi boleh jimat atau ada inisiatif lain jadi aku guna la duit yg ada
:-)

5 Sebab Kenapa Aku Suka Wordless Wednesday