Tuesday, June 7, 2011

Cendekiawan Muda Melayu - Pengorbanan



Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi - Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford,dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom,dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. 

Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia. iaitu di OXFORD !


Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.


Petikan ayat ayat di atas adalah dari wikipedia tentang Sheikh Afifi, ini pendapat gua pasal pengorbanan dari Sheikh sendiri, secara mata kasar gua rasa beliau telah banyak berkorban adalah demi agama yang tercinta iaitu agama Islam, Sheikh banyak berkorban dalam menjayakan usaha perkembangan syiar Islam di bumi Oxford sendiri. lihatlah, pelbagai usaha telah Sheikh lakukan semata mata ingin menjadi pengajar dan felo di universiti terbaik dunia. ia bukan usaha yang sia sia, malah menguntungkan agama Islam dan dirinya sendiri


Apabila orang bukan Islam telah kenali Islam, pasti orang orang bukan Islam anggap Islam adalah baik baik di mata mereka, sesuci agama berbanding agama agama yang lain. pemikiran tenatang agama islam bukan hanya pada para PENGGANAS yang menganuti pasti HILANG.


"Saya berkorban bukan saja pada agama, negara dan bangsa malah saya juga turut berkorban tidak perkena kan teh tarik dan roti canai kegemaran saya selama nya jika saya masih di bumi oxford"

p/s : Di Malaysia cendiakawan yang sebegini harus di contohi, sebab masa depan negara akan lebih terjamin dalam membentuk akhlak muslim muslim di Malaysia.

2 comments: