Tuesday, June 14, 2011

Berita Semasa - Operation Malaysia


Mungkin ramai penggemar PlayStation 3 menyedari yang PlayStation Network amat lama tidak dapat digunakan sebelum ini. Hanya baru-baru ini berjaya dipulihkan. Ianya adalah kejatuhan paling teruk apabila diserang oleh hacker dunia yang sangat hebat.
Selepas ini, Hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai "anonymous" pula, akan mencuba untuk menyerang portal Kerajaan Malaysia pada hari Rabu jam 7.30pm GMT (Waktu Malaysia: Hari Khamis jam 3:30 pagi). Portal yang dimaksudkan adalah www.malaysia.gov.my. Operasi ini dinamakan "Operation malaysia".
Adakah mereka akan berjaya? Kehebatan Jabatan berkaitan jenayah cyber di Malaysia akan tercabar samaada kita mampu atau tidak menangkis serangan yang awal-awal telah diberitahu ini. Akhbar The Star ada mengeluarkan berita lanjut tentang ini di http://goo.gl/9LLWo

petikan dari : 
http://www.facebook.com/ohmedianetwork
Gua nanti kan saat saat ini, saat di mana sekumpulan hackers dari serata dunia mahu mengodam portal kerajaan Malaysia. adakah benar kebenaran itu, gua cadangkan kita tunggu dan lihat apa yang  terjadi pada hari kejadian nanti. semoga menang lah para hackers itu. ini semua atas alasan kerajaan Malaysia yang mahu menyekat freedom of surfing di Malaysia. gua serius rasa bengang dan geram atas alasan apa mahu menyekat, tak bawak keuntungan pada negara ?
macam dah tak ada alasan lain cuba kerajaan Malaysia cuba buat. gua rasa macam kerajaan Malaysia akan kalah pada PRU nanti. lihat lah pengundi adalah rata rata nya dari orang orang muda. trend orang orang muda pula makan internet, tidur internet malah berjalan pun dengan internet. jikalau benar kerajaan prihatin pada rakyat Malaysia, gua rasa tak ada sekatan yang melampau lampau untuk pengguna internet dari rata rata nya adalah dari rakyat sendiri.
suara rakyat : jangan sekat apa yang kami dah biasa buat, bila ramai dah bising korang korang juga yang gelabah....

4 comments:

Anonymous said...

nasib ar, sapa suruh cari nahas?

Anonymous said...

They claimed. Hacking to Sony and Turki's govt site was easy.

Malaysia camne eh?

k_Own said...

malaysia also easy.. serius !

Anonymous said...

diorang main kecut .. haha ... pegi off server .. heheheeee

from - anon