Sunday, May 22, 2011

Sukan berbasikal, FIXIE kini menjadi Trend

Sukan berbasikal, Fixie kini menjadi trend di Malaysia ? gua sebenarnya baru perasan trend nih dah mula berleluasa, ia bagai racun yang memasuki tubuh manusia lalu ia menyerang organ organ manusia sekelip mata ia tidak lagi bernyawa, berpengaruh dan pantas. setiap hari kalau gua bawa kereta kemana mana mesti ada bebudak FIXIE di tepi jalanraya berkayuh beramai ramai, mereka menuju ke tempat yang gua sendiri tak pasti, macam mereka mahu ke pesta keramaian di kota, ye lah gaya mereka sangat stylo ketika berFIXIE. 




Fixie bermaksud :  A fixed-gear bicycle (or fixed-wheel bicycle, sometimes known as a fixie) is a bicycle that has no freewheel, meaning it cannot coast — the pedals are always in motion when the bicycle is moving. The sprocket is screwed or bolted directly onto a fixed hub. When the rear wheel turns, the pedals turn in the same direction. This allows a cyclist to stop without using a brake, by resisting the rotation of the cranks, and also to ride in reverse. (sumber WIKIPEDIA)

tetapi berbeza pula pada bebudak berbasikal lumba khususnya, basikal mereka rata rata nya berjenama yang mahal mahal sehingga mencecah ribuan ringgit. contohnya Rockbike, lerun, Fox dan banyak lagi jenama lain yang Internasional. tapi gaya bebudak berbasikal nih, saling tak tumpah dengan gaya seorang pelumba basikal negara, siapa lagi kalau bukan brader Azizul Asni Awang dan Josiah Ng. mungkin brader brader yang bertaraf juara dunia ini adalah idola mereka untuk berbasikal.

padahal masa gua kecik kecik dulu trend berbasikal dah lama wujud. mungkin tak semeriah semacam sekarang. dulu dulu gua ingat lagi, ketika gua ingin memula berbasikal gua mesti mulakan dengan basikal yang kecil saiznya ditambah lagi beroda dua di sisi basikal tersebut, kelama lamaan bila gua sendiri dah hebat beroda dua, roda dua tuh  tidak lagi diperlukan, bila dah terlebih hebat mungkin gua minta sendiri Ayah dan Emak gua hadiahkan basikal yang lebih baru, rangi dan stylo. sekarang macam gua nak mulakan kembali minat pada berbasikal pula. heh !

tapi lihat lah sekarang, gua lihat ia tumbuh bagai cendawan, macam tak mahu berhenti henti menumbuhi minat minat remaja muda sekarang untuk berBasikal atau berFixie. gua harap trend yang sihat ini, tidak dijadikan alasan untuk bebudak remaja mencemari trend trend ini dengan budaya yang tidak sihat, seperti berlepak lepak, bersosial tak tentu hala, mengangu kententeraman awam dan sebagai nya. ingat kerana nila setitik rosak susu sebelangga, kerana seorang budak jahat, Trend berBasikal dan berFixie tercemar cemar. gua harap trend sukan berbasikal dan berfixie ini sihat di mata orang ramai.

Ini Teori gua kenapa kini ia menjadi trend yang hangat di Malaysia ?

Name : Mohd Azizulhasni Awang
Date of Birth : 5 January 1988
Age : 23
Place Of Birth : Dungun, Terengganu
Occupation : National Cyclist
Discipline : Cycling (Track)
Event : Keirin, 200m sprint , Team Sprint
Coach : John Beasley 
Recently won Gold Medal at Asia Games Ghuangzhou.

Ini semua gara gara pungutan pingat EMAS trek basikal Sukan Asia di Beijing baru baru nih, siapa lagi kalau bukan brader Azizul Asni Awang atau lebih dikenali dengan panggilan The Pocket Rocket Man di sebab kan saiz tubuh badannya yang kecil. kalau tidak kerna dia, gua rasa tak wujud trend ini, di kejohanan dunia baru baru ini dia telah pun berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih pingat Silver apabila dikalahkan oleh Chris Hoy juara olimpik, tapi apakan daya dia mengalami kecederaan di saat saat perlumbaan tersebut, mujurlah kecederaan nya tidak memberhentikan dia dari arena berbasikal, tapi apa yang gua lihat dari Azizul,  dia makin bernafsu, bernafsu untuk memenangi pingat EMAS olimpik di LONDON nanti.

Tidak pula gua  lupa untuk memuji pihak MSN (Majlis Sukan Negara) kerana mereka lah juga yang mempromosikan sukan berbasikal ini ke merata rata daerah tak kira lah di luar atau dalam kawasan di Malaysia khususnya. mesti ada bakat yang tersembunyi di luar sana. yang pasti MSN dah pun berjaya mencungkil bakat luar biasa Azizul Asni Awang.

4 comments:

Chik Bulan said...

oo basikal ni la adek aku duk cite. haha. dulu dapat basikal pakai taram je. ada aku nak kisah pasal name? huu~ [astu nak pkai basikal lumba g skola segan2 je sebab nampk pelik dr org len.. skang sume duk bangge ea..

dhilla nazli said...

ahaha dhila baru tau saat ni yg basikal niy jadi trend.. lagi sadis.. ahaha

k_Own said...

hahaha cik bulan, bese lah tuh. kini ia menjadi trend.. budak budak muda kan cepat terpengaruh !

k_Own said...

dhilla : belum terlambat lagi. hehe