Sunday, May 29, 2011

Seniman P. Ramlee

Seniman P. Ramlee,

Selaku rakyat Malaysia yang berjiwa sayang akan seni anak melayu tempatan, gua sentiasa mengambil tempat dalam menyokong Industri perfileman tempatan. saban hari gua lihat, filem filem tempatan kini menjadi pilihan untuk di tonton, tidak kira lah movie mahupun drama bersiri. ini semua sebab perfileman dari luar sudah menjadi pujaan orang ramai, maka ia menjadi tragedi atau mimpi buruk untuk perfileman tempatan jikalau tiada perubahan yang drastik. lihat lah sewaktu dahulu seingat gua, Filem Filem dari Indonesia menerjah bumi Malaysia ia bagai kan fenomena di Malaysia, rakyat Malaysia dah mula ikut ikut gaya dan perangai orang seberang. sungguh sakit di mata gua.

KINI fenomena itu bukan lagi menjadi mimpi ngeri untuk Industri Perfileman negara. filem filem keluaran tempatan benar benar berubah, Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah contoh nya berjaya dengan kutipan 8 juta dan telah menjadi rekod kebangaaan pernah di catat oleh filem tempatan. CGI dari kumpulan KRU,  Hikayat Merong Mahawangsa pula menjadi taruhan di luar negara. apa yang gua cuba sampai kan sini, Filem tempatan hebat dan berubah, tidak lagi ditelan zaman.

Tetapi sebalik pula kata kata orang seberang, APA BARANG FILEM MALINGSIA, padahal filem Indonesia gua rasa lebih bersifat statik, lama dan memboringkan. pendapat orang berbeda beda !

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Gua sengaja memetik nama P. Ramlee hari ini , sebab hari ini bertarikh 29 Mei dan ialah hari peringatan sudirman pergi ke rahmatullah iaitu pada pagi selasa bersamaan 29 MEI 1973 ketika sudirman di usia 44 tahun.

Hari nih gua sengaja menyebut nama P. Ramlee adalah sebab bagi memperingati jasa jasa beliau dalam membangunkan industri perfileman di Malaysia. gua cakap, zaman beliau ialah zaman kegemilangan pernah industri ini kecapi, tidak kira di dalam atau luar negara. sungguh gemilang ketika itu. tapi tuhan lebih menyayangi beliau, walaupun hanya berusia 44 tahun dah bermacam macam anugerah dah kecapi, anugerah terakhir yang beliau dapat ialah ketika tahun 1965 di Festival Filem Dunia Paris,telah berjaya merangkul ANUGERAH KHAS melalui cerita ibu mertuaku. 

Lihat lah nama nya sudah lama terpahat di luar, kini kalau benar ia terpahat lagi di sana bagai kan mimpi yang nyata. bukan memperkecilkan, tapi terlalu jauh dari mutu dan kehebatan industri perfileman dari P. Ramlee sendiri berbanding perfileman Malaysia sekarang. serius perfileman Malaysia kini perlu mengikut jejak langkah dari P. Ramlee sendiri, kegigihan dan kesungguhan dalam menjayakan apa yang beliau lakukan merupakan intipati yang berkesan untuk P. Ramlee berada di puncak kejayaan kariernya sebagai pelakon, penyanyi dan pengarah filem.

Pemergiannya pasti tiada penganti, Al-Fatihah semoga roh nya di cucuri rahmat bersama sama orang yang beriman.

5 comments:

Mrs.Yie said...

sangat suka dengar lagu2 allahyarham sudirman..x kira la sad song ke hepy song ke..filem2 lakonan allahyarham p.ramlee pun suka tengok lebih2 lagi yg kelakar2 punya..kalau yg sedih2 tu kureng la sikit sebab x tahan sebak..x mau tengok..

k_Own said...

mrs. yie : saya pun begitu. masa kecil kecil dahulu, tak sah dalam seminggu layan cerita dari p. ramlee...

cik azeya said...

aku suke dengar lagu,

di mana kan ku cari ganti.

lepas tu aku termenung sorang2. lagu tu sedih banget.

k_Own said...

cik azeya : betul betul lagu tuh benar benar buat gua rasa teruja

spankuning said...

sudirman dan p.ramlee bukan dua org yg berbeza ke? :O

mungkin kau maksudkan seniman p. ramlee. or mungkin aku salah anggap entry kau ni. sorry ye. huhu