Monday, May 23, 2011

Random - Minggu Minggu terakhir

minggu yang gemilang akhirnya diakhiri semalam, gua rasa minggu yang langsung tidak gemilang bagi kelab kecintaan gua, Arsenal. cess, Arsenal kalau korang nak tahu, kalau dieorang tak menang apa apa piala mereka dah pun masuk musim yang ke enam tanpa piala. tak kisah lah piala yang kecil kecil mahu pun besar besar. nasib baik lah the ladies of Arsenal berjaya memenangi piala FA. Arsenal sangat terdesak sampai memerlukan khidmat gadis gadis sunti Arsenal untuk dapatkan sebuah piala je.

berbaloikah Arsenal ? sebab selepas ini mereka akan berbelanja besar semata mata mahu mengubah polisi pengurus mereka Arsene Wenger, yang sebelum ini die terlalu angkuh menggunakan khidmat pemain pemain muda dari yang lama, angkuh nya si Arsene Wenger nih sampai gua lihat segala idea dia adalah bukan bukan sampai memakan dirinya sendiri. terlalu ikutkan idea lapuk. gua harap Arsenal betul betul berubah musim depan, sebab gua terlalu benci lihat Manchester Uniterd menang dan menjadi juara liga Inggeris setiap musim. 

Berakhirlah minggu ini, maka berakhirlah minggu minggu untuk liga liga domestik seluruh eropah menutup tirai liga, setiap liga dah pun ketahui siapakah JUARA, lantas ia di campuri perasaan suka dan duka oleh peminat pasukan masing masing, tak kira lah juara liga atau turunnya pasukan mereka ke liga bawahan. tetapi di Malaysia, minggu ini bukan minggu terakhir mereka, sebabnya masih tinggal baki 5 perlawanan, juara liga masih terbuka untuk 3 pasukan teratas, Kelantan, Terengganu dan Selangor. maaf Perak, musim ini bukan musim Perak gua rasa.


minggu ini juga minggu yang gua sangat nanti nanti kan, apa lagi kalau bukan Final Champions League. pertemuan antara Barcelona dan Manchester United di Stadium Wembley, England Sabtu nanti. benar kata kawan gua, menang nya Manchester di EPL, maka banyak lah musuh musuh mereka menSUPPORT Barcelona di Final nanti. sebab gua pun begitu, mana mampu nak hati ini dilukai nak lihat Manchester meraih trofi Champions League nanti. bukan Mancherster yang memenangi trofi itu tapi Barcelona, sebab firasat gua tak pernah salah selama.

p/s : "Barcelona 3-0 Manchester United", kata brader Muz

No comments: