Wednesday, May 4, 2011

Random - Angsa dan Kambing

mereka mempunyai sejarah kehidupan masing masing, mungkin indah mungkin langsung tidak. kenapa gua timbulkan subjek dua binatang ini, gua sengaja cipta dimensi sendiri sebuah kisah kehidupan sahabat dan cinta antara angsa dan kambing...

gua terfikir fikir, boleh kah sebuah persahabatan menjadi lebih GHAIRAH dengan bersambung nya kisah persahabatan itu kepada pasangan kekasih ? mungkin tidak. sepanjang gua lalui zaman zaman ini, seakan akan gua nak kembali sangat saat saat ketika bersama sebagai sahabat. 


jadilah macam angsa dan kambing...

kambing dan angsa kadang kala bertemu, mereka sedar tak sedar dah pun menjadi kawan, sedar tak sedar mereka dah pun menjadi kawan yang rapat, sedar tak sedar mereka nih dah sampai tahap menjadi pasangan kekasih. bila dah sampai tahap macam tuh, gua rasa mereka cuba nak langgar hukum alam. hukum alam angsa dan kambing tak boleh wujud sebagai pasangan kekasih. cepat cepat mereka sedar dari lamunan. mereka tak boleh menjadi pasangan kekasih, itu tentu dah pasti.

kambing : sedar lah wahai angsa, aku sebenarnya dari golongan yang lain dari engkau, engkau bertelur, aku tidak bertelur. engkau mempunyai sayap, aku tidak mempuyai sayap, engkau berkaki dua, aku berkaki empat. sedar lah kita sangat lah lain.


angsa : ye aku sedar aku seekor angsa, mengapa tidak dengan keunikkan yang ada pada kita, engkau kambing dan aku angsa, dah tentu kita boleh wujudkan sebuah persahabatan ?


kambing : kalau lah engkau terbang ke langit, tentu lah aku sebagai kambing tak tahu kisah kisah yang ada pada langit di atas ? sebab aku tak ada sayap macam engkau angsa. aku tak nak hilang engkau sebagai sahabat kerana CINTA yang TAK AKAN wujud, sebab aku nak tahu cerita hal hal di langit.

mereka mula sedar bahawa mereka tidak boleh bercinta atas alasan hukum alam, mereka sedar kalau mereka bercinta tentu ada penghalang nya, dan mereka juga sedar kalau lah mereka bercinta tentu keGHAIRAHan yang wujud sebagai sahabat akan mulai hambar. angsa dan kambing tahu dimana kemanisan sebagai SAHABAT lebih hebat dari kemanisan sebagai KEKASIH.

apa yang gua pasti sekarang, gua rindu kemanisan ketika bersahabat, mungkin itulah penentu asal usul hidup gua sebagai manusia yang hidup di bumi yang makin sakit ini. gua tak tahu kenapa kita berkasih, mengapa tidak kita berkasih ketika kita berkahwin sahaja ? gua dah banyak lihat, mereka mereka yang berkasih sebelum berkahwin lebih hambar hidup daripada yang berkasih selepas kahwin. contoh yang terdekat dari gua, EMAK dan AYAH gua sendiri. mereka lah pasangan yang gua rasa cukup bahagia sehingga sekarang, langsung gua tak nampak cacat cela nya kebahagiaan yang mereka kecapi. yang pasti emak dan ayah gua berkasih selepas kahwin. cara mereka adalah restu dari keluarga.

p/s : sahabat biar beribu, kekasih biarlah satu, tapi sekarang gua nak bersahabat, sebab gua tahu sahabat lebih hebat dari kekasih. walau apa apa pun gua akan tamat kan apa yang gua dah mula kan, happily ever after !

20 comments:

Anonymous said...

tapi cinta boleh wujud kalau ada kepercayaan kat masing masing..

sahabat and kekasih is a very different things.

:) sahabat yg jadi kekasih mungkin x kekal lama

tapi kekasih yang masih bersahabat insyaAllah ada kekal nya..

k_Own said...

sahabat dan kekasih is a different things. setuju..

tapi bukan itu y gua risau kan. gua risau hambar nye relationship tuh. itu je.

yoi said...

Dialog kambing dengan angsa tu xlogic langsung. Kambing mana paham bahasa angsa. Dorg guna google translator eh? ^.^

As Yusra said...

hahaa..comel jek...
setuju ngan yoi..klako..hehe ^^,

Chik Bulan said...

yeah~ aku pn rasa mcm bes je berkasih lepas kahwin.. huu~

k_Own said...

yoi : is not bout dialog, mereka unik. mereka perlu kan yang terbaik sebagai sahabat..

k_Own said...

cik asyura : hehehe. well i mmg weirdo person...

k_Own said...

muna : ye mmg sgt best. serius u kne try... hehehe

yoi said...

yeeyyeyeye tp xsemestinya yg terbaik je boleh jadi sahabat kan? ^.^

k_Own said...

cik yoi : ye betul tuh. kadangkala kita pun nk yang terbaik dari persahabatan ?

suhaila said...
This comment has been removed by the author.
kim said...

salam sebagai permule bicara
izinkan sy meluahkan ape yang terlintas di fikiran

benar, angsa dan kambing buley bersahabat..saling memahami
walau berbeza bahasa.hati.

mereka pernah membina hati itu.
aneh.

benar angsa buley meluncur diudara~ meninjau langit yang tinggi..
tapi percaye lah..
kambing yang dahulunya sahabat-kekasih yang membantu angsa menawan itu terbang tinggi
menggapai apa yang sebelum ini difikirkan impossible

jika benar kambing itu punyai niat yang benar,, fahamilah hati itu.
xusah melempar kata yang mungkin mengguris hati
xperlu menabur janji yang mungkin membutir harapan




apalah diri ini nak berbahasa bahasa yang digunakan angsa dan kambing itu..
tapi diri ini pernah menyaksikan angsa itu tersenyum bahagia bersame si kambing
xsanggup melihat rautnya yang bersinar suram

maaf andai menganggu kisah si kambing dan angsa
berasa sayang cume

Anonymous said...

Itu semua dari diri kita sendiri..
jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.. Carilah orang yang menyayangi kite bukan orang yang kite sayang..kerana orang yang menyayangi kite..sayangnye akan berkekalan...

-Roy Yang Hebat-

Anonymous said...

subhanallah. tahniah dan puji hanya kepada Allah as Allah dah buka hati awak untuk terima kebenaran..

yes, bercinta skrng possiblity untuk menjadi hambar selepas kahwin adelah besar..

tapi main point is, bnda ni dah awal2 salah . Allah pinjamkan hidup untuk kita, tapi kita gunakan untuk melakukan sesuatu yg Allah cakap, JANGAN. if kita buat, bermaksud kita x berterima kasih pada Allah lngsung .

insyaallah, klu niatkan kerana Allah, Allah akan mudahkan segalanya.. jelas, klu kita sentiasa dalam kemungkaran, sampai satu tahap, kita akan bosan, bersalah dgn apa kita buat. thus, balik lah kepada jalan Allah..

panjang lagi masa... skrng adalah untuk persiapan diri kita dalam agama as nanti kita akan menjadi imam dlm keluarga. klu imam yg x kuat, apatah lagi makmum2nya. dan kita juga yg akan ditarik FIRST oleh Allah sbb x menjaga makmum kita..

puji Allah sbb membuka pintu hidayah pada awak.. INSYAALLAH, sy salah seorang yg sentiasa mendoakan perkahwinan antara korang berdua akan berlaku jua jika ditakdirkan Allah.. kuatkan hati demi ALLAH semata2!. jgn kerana sygkan perempuan , kita abaikan Allah. perempuan itu juga yg akan menarik anda ke neraka, Allah juga akan menolak kita ke neraka.. jadi, jaga Allah, nescaya Allah jaga kita, dan jaga perempuan kita..

semoga tabah dan kuat!

yoi said...

Carilah orang yang menyayangi kite bukan orang yang kite sayang..kerana orang yang menyayangi kite..sayangnye akan berkekalan...

Encik roy yg hebat, mmg syg org tu akan berkekalan, but will u live happily eva after? I bet u wont. Because once u didnt like someone, everything that he/she do will annoy u. Believe me please. Stop lying and be honest to urself. :D

Chik Bulan said...

setuju ngan cik yoi + orang yang menyayangi kite tu taknak cari orang yang menyayangi die ke? wahahaha.. sorry.. just x brape stuju dengan ayat tu :)

yoi said...

kan? dont u think that benda ni xfair untuk the other side? i mean, u boleh hidup dengan sayang u, tp dia? tak dapat apa2. tak adil weh.

maaf encik roy yang hebat. =.="

k_Own said...

anon : thanks for giving ur opinion..serius sy tersentuh !

k_Own said...

roy : adehhhh, luu mmg sahabat gua yang terbaik.. kan aku dah kata aku x nak living in lie..cukup lah 1 tahun lebih aku mnipu sesmue. aku x nk bertahun tahun roy. serius !

gua tinggal kan die bkn sbb nak cari cinta baru, tapi kelainan. itu je gua nak..

k_Own said...

cik bulan dan cik yoi : apa apa pun yang u all cakap. gua tak berani komen. tp de benarnya apa u all cakap. thanks ya...