Wednesday, May 18, 2011

Im 21


Selamat Ulang Tahun ke 21 wahai jejaka hensem kacak bergaya, Muhammad Khairul Ikhwan b Mohd Noor nama yang telah diberi oleh kedua dua ibu bapa gua. TER sangat bersyukur apabila gua dilahirkan dimuka bumi ini tepat pukul 3 pagi pada 15 Mei 1990. tanpa kedua dua ibu bapa, siapa lah gua di muka bumi yang sangat daif ini. gua masih berakal, masih punyai wawasan hidup, juga masih kontang kanting nya ilmu di dada.

Terima Kasih ayah dan ibu...

syukur pada ilahi, atas segala kurniaan dan nikmat nya kepada gua , sekarang umur gua sudah pun mencecah 21 tahun. gua terfikir fikir apakah ertinya gua dilahirkan di muka bumi ini ? adakah gua hanya wujud dimuka bumi ini hanya untuk menghabiskan masa tanpa pengisian, gua tak mahu wujud di muka bumi ini berdepan dengan penyesalan dan kegagalan dalam kehidupan hari hari gua. gua sedar gua bukan sempurna macam nabi nabi Allah, manusia biasa macam gua, punyai limit dalam kehidupan hari hari.

mereka yang hebat hebat seperti Albert Einstein, Khalifah Khalifah dahulu yang agung, Dato' Seri Mahathir perdana menteri keempat malaysia dan ramai lagi tokoh dunia yang hebat ada di muka bumi. mereka hebat sebab mereka punyai keistimewaan yang gua kagumi, mereka hebat sebab itu semua ialah kurniaan tuhan yang tidak terhingga. bertuahnya mereka hidup di muka bumi penuh dengan kejayaan dan kemegahan. mereka bertuah.

umur gua dah 21, rasa seperti semalam baru gua dilahirkan ke muka bumi ini. terima kasih Allah kerna memberi peluang untuk aku hidup sebagai khalifah di muka bumi !

Syukur 21.....

4 comments:

nur dhiya' aida said...

happy birthday :))

fifymeow said...

hppy bday :)

Nili Zainudin said...

hepi bufday... =)

yoi said...

selamat menjadi tua k, ;p