Sunday, May 8, 2011

Hari IBU, sayang IBU

layan lagu sambil baca entry mungkin ?

Hari IBU sedunia jatuh pada malam ini, untuk tahun 2011 pada tanggal 8 MEI, malam yang pasti indah buat ibu ibu di luar sana. ia sangat indah kalau kita benar benar  menghayati apakah sebenarnya Hari Ibu ini ? bondaku cakap, " tiap tiap hari ialah hari ibu  ", kata kata bonda sangat dalam maksud nya. benar kata bonda ku, hari hari ialah hari ibu, cuma kita hanya di diingat kan pada tanggal setiap minggu kedua hari Ahad dalam bulan MEI ialah Hari Ibu Sedunia di Malaysia. bagi gua, tak cukup dalam masa sehari untuk kita menghayati apakah sebenarnya erti Hari Ibu ini.

HARI HARI ialah hari IBU.....

Si ibu lah yang menjaga kita siang dan malam, tanpa rasa penat dan lelah Si ibu tetap menjaga kita, disebalik keringat yang kita lihat pada wajah dan susuk tubuhnya terpancar lah segala kepayahan yang telah Si ibu lakukan, Si ibu tak pernah rasa jemu, malah terus menerus gigih menjaga kita. persoalannya perlukah kita menghayati hari ibu hanya dalam masa sehari  ?

Ibu engkau lah permata hatiku. tanpa ibu, siapa lah aku....

gua teringat masa kecik kecik dulu, gua nih selalu dibuli abang abang dan adik gua sendiri, mengapa ? gua dulu masa kecik kecik sangat lah kerdil dan lemah. mungkin itu yang membuat kan diri gua selalu dibuli ? kehadiran ibu ku pulang dari tempat kerjanya di tengah tengah kesesakkan kota KL sangat gua nanti nanti kan,  ibu ku pulang, ibu pasti melindungi gua dari kekejaman abang abang dan adik. gua sayang kan ibu.

sebenarnya si ibu sentiasa prihatin atas nasib nasib anak nya, segala kasih sayang ibu ku pada gua tiada tolak bandingnya dengan apa yang gua pernah terima sejak gua dilahirkan. kasih sayang dicurah pada keempat empat anak nya, bukan lah mudah seperti yang disangka kan, masing masing mempunyai tahap ego nya, cuma gua mungkin anak yang ketiga, hanya dibuli dan menurut perintah abang abang dan adik, segala bentuk kasih sayang yang diberi oleh ibu ku, gua terima mentah mentah, tanpa merasa perlu untuk gua menolak.

Terima Kasih ibu, sebab terpaksa merasa perit hanya kerana ingin berlaku adil dalam membahagikan kasih sayang mu pada anak anak mu..

ibu, kini anak anak mu dalam proses ingin membalas jasa mu, anak anak mu kini tahu, tiada pengganti nya jasa jasa mu dalam segala bentuk, walaupun ada yang mengatakan wang ringgit adalah segala gala nya. tapi bagi aku jasa jasa dan pengorbanan mu kepada anak anak mengatasi segala bentuk harta benda dan wang ringgit.

lihatlah artikel berita harian ini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Korbanibu/Article/  , buktinya kasih dan sayang serta pengorbanan seorang ibu pada anak anak nya. artikel yang buat gua sebak di pagi hari sebelum menjelang hari ibu pada hari ini. artikel yang gua sendiri tak berdaya nak baca sangat sebak dan tragis. semoga perngorbanan ibu ini menjadi kan si anak anak lebih maju ke depan, berharap pengorbanan si ibu tidak sia sia.

Selamat Hari Ibu untuk ibu ku Puan Rusamah....

Akhir kata, semoga gua sentiasa menghargai insan permata milik tuhan depan mata, andai kata suatu hari nanti ia pergi buat selama lama nya, pasti ia terlewat..

6 comments:

Cik NurulZaty said...

hepi mothers day to ur Umi.

k_Own said...

cik Zaty : happy mothers day to ! hehehe

misSbLurRy said...

hari2 adalah hari ibu

wanie azmi , said...

selamat hari ibu aunty . haha:D

k_Own said...

missblurry : ye hari hari ibu ok !

k_Own said...

wanie : hehehe selamat hari ibu !