Monday, May 23, 2011

Bila ajal datang menjelma

bila ajal datang menjelma?

baru tadi gua pulang dari hospital KPJ specialist di ipoh. 

malang nya gua sendiri tak mengetahui langsung apakah bakal penyakit atau kesakitan yang gua dah hadapi sekarang. catatan darah tinggi terpampang di panel ukur BP milik ayah gua "160/110mmHg", gua sendiri agak terkejut apabila catatan darah tinggi milik gua begitu tinggi, begitu tinggi dari tahap manusia normal "120/80mmHg". yaa ia terlalu tinggi untuk manusia macam gua.

kenapa dan mengapa ia terjadi betul betul menusuk ke dalam kalbuku, jawapan kenapa dan mengapa ke atas diri gua masih buntu, disusuli dengan perasaan dalaman yang sentiasa bercampur baur macam nyawa gua bagai kan telur yang berada betul betul di hujung tanduk. ahh itu imaginasi mainan gua. gua tak hairan langsung apa nak jadi dekat gua. kalau benarlah ajal datang menjelma, gua sanggup !

gua sengaja jadi perhatian ayah dan ibu, sebab gua tahu mereka risaukan anak nya ke tiga dari empat ini. lantas tanpa perlu bersoal jawab dengan gua kenapa dan mengapa ia terjadi, ayah dan ibu tergesa gesa mencari rawatan alternatif untuk gua terima rawatan susulan. sebenarnya bukan lah rawatan susulan, gua hanya pergi jalani pemeriksaan kesihatan di hospital KPJ di ipoh. rata rata doktor di sana adalah Pakar dalam bidang masing masing. 

Dr Asral adalah pakar jantung di KPJ ipoh, gua mula mula lihat Doktor ini hanya sekali pandang sahaja ketika dia berlalu masuk ke dalam bilik macam sombong, angkuh dan skema. maaf doktor, itu hanya pandangan mula mula gua pada doktor. nama ku di panggil. " Muhammad Khairul masuk " masuk masuk aje dalam bilik gua terus disambut dengan salaman mesra dari doktor, lalu kami berjabat tangan bagai kami dah lama kenal hati budi masing. doktor memperkenalkan dirinya, sungguh sopan dan mulia. benar kata orang orang tua ku jangan pandai nak menilai orang hanya pada rupa, gaya dan tingkah laku, kenali dahulu baru gua sendiri tahu.

Tak kenal maka tak cinta, gua dah mula jatuh hati pada gaya dan tingkah laku Doktor, layanan dia bukan macam doktor kebanyakkan terutama dari doktor kerja di kerajaan. beza nya macam langit dan bumi, gua masih dalam keadaan sedar tak sedar, kalau gua ditetak sekalipun macam tiada rasa sakit sedikit pun, semua gara gara persoalan dalam kotak minda gua "benarkah ajal datang menjelma ?"
 
badan gua di X-ray kerana ingin melihat apa yang ada pada paru paru. gua membuat ultrasound, bukan untuk melihat janin di rahim, tapi doktor hanya nak lihat keadaan buah pinggang, bila gua lihat buah pinggang gua, ia betul betul rupa macam kacang, macam tak percaya. sekarang gua hanya perlu menunggu tanggal 30 mei, keputusan hidup mati gua yang bakal di perkata kan oleh Doktor Asral nanti.

Apa yang bakal gua hadapi kelak, mungkin gua dah pun bersedia menghadapi kematian.

9 comments:

Senorita Nadira said...

weyy apesal??
ang sakit kaaa??

farasakura said...

sakit ke ??huhuhu

nurhazDV said...

huishh..jage la kesihatan elok2..

Cik NurulZaty said...

tolong jaga diri awak ok..
:)

ROY said...

bahaye nie....ape kate ko masuk amlifestyle...nanti leh dpt pampasan...hahahahahaha

Fatin Inani said...

keon, aku doakan hang yang terbaik
take care :)

Rai said...

take care..semoga cepat sembuh..

Nor Suhaiza said...

stress kot...
smoking x?

hisham hensem said...

huhu aku ase cam sakit buah pinggang, sbb high blood pressure tu cam side effect drpd sakit buah pinggang..tp hopefully,sumenye ok..aku doakn ang xada pepe keon..amin