Wednesday, May 25, 2011

Ada Baik dan Buruk

PUTRAJAYA: Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.


"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini. Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.


Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa. - Bernama


sumber dari : sumber
*******************

Semalam serius gua dapat lihat kerisauan yang terpancar dari setiap rakyat di Malaysia. lebih lebih lagi pada rakyat berpendapatan rendah. tak lupa juga pada para pembangkang, para pembangkang lihat ia macam satu peluang untuk mereka menyerang pihak kerajaan kerana isu kenaikkan harga runcit, bahan mentah dan sebagai nya. yang pasti bila kenyataan macam nih dikeluarkan oleh pihak kerajaan, para pembangkang terpaksa menutup mulut bagi memberi peluang pada kerajaan melaksanakan tugas yang masih belum selesai. gua harap ia kekal.

yang BAIK pasti untuk rakyat rakyat, kerana semakin hari semakin lama kehidupan rakyat sentiasa dibebankan dengan banyak perkara. walaupun dalam banyak kenyataan peratus kemiskinan saban hari sentiasa menurun, tapi orang miskin sentiasa wujud dari hari ke hari.

yang Buruk pasti untuk kerajaan. dalam kenyataan terbaru, 18 billion hanya untuk subsidi. lihatlah betapa prihatin nya kerajaan dalam memastikan keselesaan hidup rakyat di Malaysia. padahal kalau difikirkan kembali gua rasa macam satu pembaziran, kenapa tidak kita gunakan kembali subsidi itu pada kemajuan negara, menghasilkan lagi peluang pekerjaan untuk rakyat, menaiktaraf kehidupan rakyat, memelihara dan membaik pulih kemudahan awam serata Malaysia.

tapi bila subsidi semakin bertambah, gua risau rakyat tak mahu bersusah payah bersama kerajaan dalam pembangunan negara, malas untuk memajukan negara bersama kerajaan. itu lah yang gua risau, risau pada rakyat yang sentiasa mahukan subsidi dari kerajaan.

5 comments:

Cik NurulZaty said...

tak habis habis je brang nak naik hrga kan

mak sy kta ujung bulan ni.
maybe naik lagi 20 sen
utk ron95 kot...

k_Own said...

hehehe. ada pro dan con die wak. nk buat macam mne ? hehe

Cik NurulZaty said...

apa yang pro
kalo semakin naik harga
gaji x naik2 pun..

hehe. so makin semput lah nnt..

k_Own said...

semestinya untuk pembangunan negara.

kalau gaji naik sekalipun, macam mana dengan pengangguran ? ingat semakin hari, negara perlu pembangunan, dengan pembangunan lah ada peluang pekerjaan. nak lihat hidup rakyat mengemis ? macam tuh..

kita mana boleh wujud jurang antara miskin dan yang kaya. sebab nanti yang kaya akan kaya, dan yang miskin akan miskin....

lagi satu, simpanan ringgit sentiasa kalah dengan negara jirang. contoh nya singapura. kita dah ketinggalan jauh. ini smua atas dasar subsidi. subsidi mesti perlahan lahan dihapuskan. supaya rakyat kita berdikari. itu je point dia.

Cik NurulZaty said...

okeyy...
tima kasih ats pringatan.

:)