Monday, April 18, 2011

1st Interview yang berjaya

tak pernah dalam hidup gua, gua dipertemukan dengan ayah dan mak awek gua ? jangan cakap lahh kalau gua pernah contact mereka mereka tuh.

cerita die macam nih..

ketika gua sedang mengelamun memandang langit yang lawa di malam hari, gua tetiba dikejutkan dengan mesej, sedang sedang gua termangu dek lamunan, gua pun baca lah mesej yang baru saja singgah di inbox hp gua" awak mak dan ayah saya mahu berjumpa nanti " 

reaksi gua yang gelabah gelabah ditonjolkan, tapi gua cool je membalas mesej tuh " biler eh awak ?"

gua dapat balasan mesej dari awek gua " malam esok bertempat di i-city ok "

masih dengan reaksi gua yang gelabah gelabah, sumpah gua cakap, gua masa tuh dah start nervous dan nervous. gua nak pergi sana nanti macam mane haa ? bertubi tubi persoalan muncul dalam kepala otak gua. kalau nak gua fikir senang je ? gua dah lari keluar shah alam sekarang juga.

gua pun start lah bermain dengan psikologi. mahu tak mahu lah, beb siapa lah yang tak gelabah berjumpa dengan mak dan ayah awek gua. gua dah lah selekeh, tak kan lah nak berjumpa dengan mereka gua pakai baju melayu kot ?


benda pertama gua buat. gua dapat dapat je mesej tuh, gua post status gua dekat fb, bukan apa, kawan kawan di fb nih semuanya prihatin, mereka sangat prihatin, mereka mereka nih lah juga yang secara tak langsung membantu meningkat kan tahap keyakinan gua nanti biler nak berjumpa dengan mak ayah awek gua nanti. cuak

kedua, gua akan bersikap lepas tangan, bukan apa selalunya kalau kita nih asyik nak fikir itu dan ini. semua benda akan jadi complicated. cuba kalau kita nih bersikap cool, tak gelabah gelabah, lepas tuh satu je tujuan yang kita kena fikirkan. gua nak berjumpa dengan mereka gua tenang dan senyum selalu. tuh lah cara yang akan gua buat nanti. heh !

ketiga, masa gua nak pergi berjumpa dengan mereka, apa yang gua buat. gua akan carik aktiviti yang paling best dan layan. dan semalam gua pergi melayani game ragbi di area Putrajaya. game semalam sangat layan dan penuh dengan aksi. gua cakap, ketika sedang gua layan tuh, satu benda pun gua tak ingat yang malam tuh de misi penting.

hasilnya..

gua masih mampu tersenyum lebar sehingga lah ke hari ini. secara konklusinya apa yang gua dapat semalam merupakan pengalaman pertama dalam hidup gua. mungkin pengalaman ini dapat mendewasakan diri gua yang selama ini langsung tak dewasa. the end

4 comments:

therosputih said...

ngeh3...ni nama dia persediaan nak jadik dewasa...baru kau tahu, bukan senang nak kawan ngan anak dara orang....

muzakkir said...

peh! lu gerak lone ranger ke?

gua klo gerak g rumah su gua ajak membe.. basah gua klo gerak sorang sorang.. respekk ahh!

Piasara said...

"syabas...eh,tahniah sbb lu mmg berani la beb..hehehe...jumpa bakal mertua yer k_own?

Anonymous said...

bile nak 2nd interview???

-Ayob 24-