Saturday, March 19, 2011

Supermoon - ( BULAN Super )

 
Perkara menarik terjadi malam tadi ketika gua sibuk melayani kerenah kengkawan gua, tertimbul pula topik pasal SUPERMOON atau lebih dikenali dengan nama BULAN super sambil sambil memerhati langit yang gelap seiring dengan hujan rintik rintik turun membasahi susuk tubuh kami.

Secara specific, Supermoon  merupakan bulan purnama atau bulan baru, yang jaraknya dengan Bumi sekitar 10% atau kurang dari jarak lintasannya dengan Bumi. Ketika fenomena ini terjadi, bulan nampak lebih besar dan lebih terang, walaupun perbezaan jaraknya dengan bumi hanya beberapa kilometer.
tertarik dengan kejadian yang jarang jarang sekali berlaku dalam sejarah bumi, di mana kejadian ini berlaku lebih kurang setiap 18 tahun terakhir dan akhirnya pada tanggal 19 MAC 2011 Supermoon muncul kembali. Fenomena Supermoon sebelumnya terjadi pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Ketika bulan sedang bersamaan dengan bulan purnama, permukaan bulan akan tampak 14% lebih besar dan 30% lebih terang dari bulan purnama. ia antara fakta fakta menarik yang ada pada Supermoon.


Bila kejadian Supermoon ini berlaku, ada yang mengatakan bahawa Supermoon dikaitkan dengan bencana alam, seperti gempa bumi dan tsunami. kerana ketika terjadinya kejadian Supermoon, pasti akan  berlaku perkara perkara yang tak di ingini berlaku di bumi, contoh nya segala macam bencana alam. buktinya, dunia telah pun menyaksikan bencana alam yang baru sahaja menimpa bumi negara Jepun yang betul betul berlaku hampir sahaja  dengan kejadian Supermoon. antara bukti lain, pada tahun 2005 kejadian Supermoon ini  muncul seiring dengan bencana alam iaitu gempa bumi dan tsunami yang menimpa bumi aceh juga  kebetulan pada tahun 2005.

Persoalan yang bermain dalam kotak minda gua sekarang, adakah kejadian bencana alam berlaku kini adalah perbuatan Supermoon yang lebih dikenali sebagai BULAN super ?

ATAU apabila berlakunya Bencana Alam di bumi, maka kejadian Supermoon ini akan muncul  secara tiba tiba ? kalau lah benar bencana alam yang berlaku kini adalah datang nya sendiri dari Supermoon ? kenapa tidak kita bersedia seawal yang mungkin untuk menghadapi Bencana Alam yang akan datang. sudah tentu lepas ini dunia akan lebih bersedia menghadapi bencana alam dimana bencana bencana ini boleh meragut ribuan nyawa di bumi.

Namun ada yang mengatakan Supermoon tidak cukup kuat untuk mempengaruhi permukaan tanah ataupun gunung berapi di Bumi, pengaruh dari fenomena Supermoon ini di Bumi hanyalah naiknya permukaan laut sekitar beberapa inci di beberapa daerah sekitar dunia.

Ustaz gua pernah kata, setiap kejadian yang buruk buruk berlaku di bumi adalah datang sendiri dari perbuatan salah manusia itu sendiri. lagi lagi pada umat akhir zaman, jikalau  lah seseorang yang membuat dosa maka seluruh kaum nya akan merasa pembalasan dosa yang dia sendiri lakukan. betul  tak betul apa yang ustaz gua cakap kan ? kita sendiri boleh menilai apa yang sebenarnya berlaku di Jepun sebelum kejadian Tsunami itu sendiri singgah membasahi bumi Jepun.

8 comments:

Taufan Ribut said...

oh bulan,enggan melayan diriku lagi..lalalalalalala...^_^

yoi said...

Tp kalau ikut dr segi sn, mmg bulan boleh menyebabkan fenomena kn? Kn?kn? Omg, u make me turn on my laptop. =.= supermoon mlm td ke mlm ni?

Cik NurulZaty said...

ehem ehem

ya supermoon..
tapi awk tak tgk pun smlm bile i ajak tgk supermoon sama3 kan~ hehe


:)

btw, btul gak. skrg apa apa jadi, sume nak wat kaitan n spekulasi.

tapi mmg kalau bulang mngambang ni, ada tarikan sikit ombak2. sbb tu air pasang kalo bulan2 mngambang
tapi kalo supermoon ni, x tau la kan~~

:)

niesz said...

mcm2 dah skrg ni, mungkin ni tnda2 yg dunia dah nak berakhir..

k_Own said...

@taufan ribut.. adehhhh.. supermoon sgt nih..

k_Own said...

@zaty : well macam mana lagi an ? apa apa pun tuh semua ketentuan tuhan ? its is right... hehe

k_Own said...

@niez : ye akhir zaman. dh mcm mcm tanda kita boleh lihat sekarang kan ?

Senorita Nadira said...

huhu takot tgok tsunami video tu..
tp betol la keon.. kat jepun kan bulan die besar sgt2.. boolat.. cantek :)
tp bintang plak kureng.. huhu