Friday, February 4, 2011

Apa dah jadi MESIR - 2

baru gua tahu apa dah jadi dekat Mesir, rupa rupa nya protes anti-presiden Hosni Mbuarak memang sudah di jangka akan berlaku oleh cakap cakap pakar penganalisis  politik dunia. faktor utama sudah pun gua jelas kan dekat entry gua yang lepas. PEMIMPIN menggunakan konsep "KUKU BESI" dalam pemerintahan, maka berlaku lah ketidakstabilan politik di Mesir. 

presiden Hosni Mubarak sudah memerintah Mesir selama 30 tahun, kalau nak tahu apa kejayaan die buat pada Mesir, nyata kurang sama sekali. paling JELAS gua tengok dekat Mesir lebih pada kelam kabut yang dikecapi rakyat dan kemiskinan berleluasa adalah paling jelas gua lihat di Mesir. paling gah di Mesir hanyalah PIRAMID yang dibina oleh FIRAUN. itu je gua nampak. kemegahan yang dibina oleh orang terdahulu lebih megah dari apa presiden Hosni Mubarak lakukan. 


presiden Hosni Mubarak merupakan sekutu kuat Amerika dan Israel. lihat lah Mesir, walaupun negara Mesir dihuni oleh penduuk majoritinya beragama islam serta bersempadan dengan Palestin, akan tetapi Presiden Mesir langsung buat buat tak nampak apa yang berlaku di Palestin. pintu sempadan langsung tidak dibuka untuk membantu mengedarkan keperluan makanan dan ubat ubatan pada mereka di Palestin. walaupun gesaan rakyat Mesir dan dunia khususnya pada presiden, Hosni Mubarak tetap ikut kata kata Amerika dan Israel. 


Terkini di Mesir


Syukur Alhamdulillah rakyat Malaysia di Mesir selamat, kawan kawan gua di sana pun selamat juga. ada daripada mereka yang pergi bercuti di Eropah, masih di kedutaan Malaysia di Mesir dan ada yang selamat tiba di Malaysia. syukur tiada apa yang berlaku. kalau kerajaan Malaysia bertindak lebih awal dalam pemindahan rakyat Malaysia, gua rasa tak ada mak bapak die kecoh kecoh dekat Malaysia suruh anak dieorang balik. dah tuh siapa suruh anak pergi belajar sana ? HAHA ! apedehal, kerajaan Malaysia tetap juga laksanakan tanggungjawab mereka, sudah pun menghantar pesawat dan kapal dalam misi memindah rakyat Malaysia dari Mesir. 


Presiden Hosni  mubarak dalam ucapan terbaru, beliau tak bersedia lagi nak berundur dari jawatan Presiden. tambah lagi, beliau masih berkeras yang dia akan berundur pada bulan 9 nanti. penerimaan pada rakyat Mesir pula, mereka tolak mentah mentah ucapan dari Hosni Mubarak, mereka tetap nak Hosni Mubarak letak jawatan. lihat betapa degilnya si Hosni Mubarak nih. 


terdapat beberapa pentempuran di antara anti-hosni dan pro-hosni. kematian sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. 


lebih 2 juta rakyat Mesir berkumpul dalam perhimpunan yang dilancarkan oleh mereka mereka yang anti pada Presiden. tapi Hosni Mubarak masih berdegil.


gesaan EU memaksa Hosni Mubarak berundur.
harga minyak akan meningkat, kerana Mesir adalah laluan utama saluran minyak dunia. saluran tuh lalu di terusan suez.  Mesir memang tidak termasuk pengeluar minyak utama, tetapi rumah bagi Terusan Suez yang sangat penting dalam mengedar minyak. Sekitar 2,4 juta barel minyak melewati terusan tersebut setiap hari. 


gua cakap...


selagi Hosni Mubarak tidak berundur dari jawatan presiden, selagi itulah rakyat Mesir tidak akan berundur protes anti-kerajaan. rakyat rakyat di Mesir sudah tak sanggup ditipu dengan kata kata manis oleh presiden hampeh mereka, ye lahh mereka dah merasa kesengsaraan ini lebih 30 tahun. gua kalu macam nih, gua sanggup bermati-matian nak  menegakkan hak gua sebagai rakyat.


kalau gua pikir pikir kan..


ye memang gua akan sertai protes anti-kerajaan, gua sanggup pegang senjata nak suruh Hosni Mubarak letak jawatan, gua akan berlapar untuk berjuang, gua dengan lantang bersuara. tapi itu di Mesir, kalau berlaku di Malaysia, gua tak kan teragak agak. Syukur Alhamdulillah yang Malaysia kini bukan macam di Mesir.


gua berharap, Rakyat Mesir bersatu dan bersatu. dengan harapan Presiden Hosni Mubarak letak jawatan. tak kira lahh dengan semangat atau nyawa sekalipun. jatuh kan Presiden Hosni Mubarak !

24 comments:

Fatin Aliyya said...

saje jelah muabark tue.bukn dia yg ternacm nyawa tp rkyt2 mesir semuanyadia suka suki goyang kaki dok tgg buln 9 br reti nk etk jwtn.,aiseh, mcm ni apa2 pn x selesai.bnyk drh yg tertumph adalah.ya allah, seramnya aku rasa.

Syukri Mohtar said...

kalau tggu bulan 9 tak tau la ape jadi kat mesir tu..haisyh..harge minyak naik memang susah la[macam ade kereta je].huhu.

Cik NurulZaty said...

huhu..

kesian jugak tengok situasi mesir tu kan
tak pasal pasal je abis semua orang yang belajar and kerja kat situ
univ kat situ sume pakat nak tutup 1 tahun. what happen to our student there?

btw. its politic issue. sangat susah nk paham n leraikn right?


:) doakan2 umat islam di sana

rsa bersykur sgt duk kat Malaysia ni

k_Own said...

ten :huh ! dh lame ten dh lme sgt si Hosni nih. hampeh bertalu talu ! haha

k_Own said...

syukri : aduhhh, tuh ah pasal..

nseb bek gue nek moto kan ! haha

k_Own said...

zaty : i rasa kan

selagi hosni mubarak tuh tak turun. selagi tuh kucar kacir u. hehehe...

so u kena je tutup tau.. hehe

effa lalala said...

nice post! i hate reading about politics kalau bahasa dia skema and berbelit. but your post is easy to be understood.

hope this will end fast.
tanda2 akhir zaman. takut.

effa lalala said...

nice post! i hate reading about politics kalau bahasa dia skema and berbelit. but your post is easy to be understood.

hope this will end fast.
tanda2 akhir zaman. takut.

wanie m'nJ said...

sepupu saya bljr sana.tp,alhamdulillah 22 jan lps dia blik m'sia psl winter break.so,dia tak stranded kat mesir.skrg ni,mak sedara (mak dia ) plan nak proceed dia bljr kat m'sia.tak sure lg.

k_Own said...

effa : hehehe thanks atas pujian tuh, gile gile syok nih ! hahaha.

k_Own said...

wanie : ye eh ? waduh waduh... kesian nohh sape y duk blaja sne ? x pe. may be sekjap je kan ?

princess chibi said...

kcian plajar2 kte kt mesir..=(
hope smua slalu slamat..

Dafi Shah Danial said...

hye
follow my blog
sy masih baru
hope leh bg tunjuk ajar
hek3

yoi said...

omaigod. xpaham nape pakcik hosni tu tamau turun2. aiyo. dah orangg xnak weh. malulah. erk.

k_Own said...

chibi : syukur rmai y selamat...

k_Own said...

dafi : ye boleh je. hehe

k_Own said...

yoi : aduhh tuh ah sikap keras kepala hosni. die mmg cm tuh. 30 tahun kan ? so makin menebal nebal lah die pnyer keras tuh..

yoi said...

32 years. lame tu. and without sebarang kemajuan. mmg la amat lama. xpaham apsal nak tunggu sampai september juga.

Seha Hisham said...

semoga bukan sahaja rakyat malaysia dekat sana terselamat, tapi hope semua warga mesir pun terselamat jugakk.

biella93 said...

mengada2 la hosni tuhh . huhuhu . kkak kite yg blja kt mesir tuh da slmt balek m'sia :)

tia said...

papepon besyukur malaysia still aman ;)

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

looo.. aku baru prasan vdeo ni..
ces... lambat gile aku..
tau bace news jek..

hans said...

kalau bulan 9 dia xberundur lagi
memang hancur la mesir tu

Update Terbaru Senarai Penaja Untuk 'Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda'

biella93 said...

menyusahkan betol la org tua tak sedar diri ni . uhuhuhu . letak jwtn jelaa . kan sng