Saturday, February 12, 2011

Apa dah jadi MESIR - 3


Pasti malam yang indah indah buat semua rakyat di Mesir apabila mendengar berita ini :

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen.

“Mengambil kira keadaan sukar yang dihadapi negara, Presiden Mohammed Hosni Mubarak membuat keputusan untuk melepaskan jawatan presiden republik dan menugaskan Majlis Agung Angkatan Bersenjata untuk mentadbir hal ehwal negara," kata Suleiman


maka mereka boleh ber mimpi yang indah indah di keesokkan harinya, mereka boleh berpesta meraikan kejayaan mereka sepanjang jalan sekitar Mesir, mereka boleh merasai nikmat  kebebasan hidup di bumi Mesir sebagaimana patutnya mereka dah rasai dahulu.

Protes anti-kerajaan yang dilakukan oleh mereka berjaya. berjaya dalam erti kata lain, Presiden mereka Hosni Mubarak telah pun meletakkan jawatan sebagai Presiden. sudah hampir 30 tahun beliau memerintah, dan akhirnya tiba juga saat saat manis sebegini buat rakyat di Mesir.

Syukur buat semua rakyat di dunia. kawan kawan gua yang masih belajar di Mesir akhirnya bergembira apabila diberitakan mereka dapat sambung semula pembelajaran yang tertangguh seketika. 

Persoalannya..

Adakah peletakkan jawatan Hosni Mubarak ini adalah berita baik buat negara Mesir dan Dunia ? mampukah Mesir bebas dari pengaruh pengaruh lama atau sisa sisa Hosni Mubarak yang dahulunya memerintah Mesir selama 30 tahun ? mampukah Mesir merasai nikmat nya sebagai negara Islam yang sebenar ? bermacam macam persoalan yang ada pada Mesir kini.

gua rasa....

pasti payah dan sengsara buat Mesir kini ? gua ada rasa seperti penganti Hosni Mubarak juga adalah dari kalangan kerabat mereka sendiri. kerabat yang hanya mengikut telunjuk jari dari Amerika dan Israel. kalau lah penganti Hosni Mubarak adalah pelanduk dua serupa, adakah gerakan atau protes anti-kerajaan akan digerakkan semula ? tunggu dan lihat saja nasihat dari gua.

tapi bagi memastikan negara Mesir ini aman serta jauh dari pengaruh pengaruh yang telah dibina oleh Amerika dan Israel di Mesir. gua rasa tentu macam nak gila kalau nak bebas dari pengaruh itu dan ini. sebabnya di Mesir ada beberapa kepentingan yang pasti Amerika dan Israel tak mahu lepaskan. Mesir juga merupakan laluan minyak utama dunia, Mesir juga merupakan negara yang melahirkan graduan graduan yang mampu mengoncangkan dunia, Mesir juga negara bersempadan dengan Palestin dan Israel. 


kalau lah Mesir ini diperintah oleh golongan bukan dari kerabat Hosni Mubarak. sudah tentu menjadi ancaman utama buat Amerika dan Israel. harap harap Mesir mampu berubah kearah yang lebih baik selepas jatuhnya Hosni Mubarak !

akhir kata Mesir masih memerlukan orang yang se tokoh Sheikh Hassan Al-Banna...

4 comments:

EmanCloud said...

amerika israel dunia ni mereka pegang utk sementara. yg penting hati kite kene kuat tempuh cabaran yg bakal mendatang.

Piasara said...

Alhamdulillah..
tp tu la mcam yg kamu kata...ntah2 pengganti yg bakal memerintah lebih teruk?sama2 lah kita tunggu dan lihat..

k_Own said...

eman : tuh dah bisa.. hehe

k_Own said...

kak pia : betul tuh. 1st tima akak setuju. hehee