Saturday, January 22, 2011

RAJA lawak yang dah LAWAK

layan dulu En. Nazmi buat lawak..

musim Raja Lawak yang baru kini betul betul sengit, bak kata orang raja lawak yang baru nih betul betul dah lawak. bukan macam Raja Lawak musim lepas, cuba kita perhati betul betul musim lepas. kenapa peserta yang tak layak pun masuk final. tak masuk akal dibuatnya. last last Sepah juga yang mengubat kembali semangat penonton nak bergelak tawa, bila bukan turn si Sepah, aku terus tukar channel TV daripada buang masa tengok lawak die yang tak menjadi.

siapa lah yang nak tengok lawak yang low class tuh ? kalau kesian je baik masuk acara lain.tapi pada masa tuh pengundi mengundi sebab semangat kenegerian dan dasar kesian pada peserta tersebut. tuh bukan cara mengundi yang tepat. kan lebih baik kita undi mereka atas bakat, semangat juang di atas pentas dan lawak yang menjadi. nasib baik bukan dia yang berjaya menang Raja Lawak tuh. kalau tak setahun aku tak mahu layan Raja Lawak dah. kemungkinan itu ada !

tapi itu dulu.....

sekarang.... Raja Lawak yang gemilang sewaktu ketika Nabil menjadi Raja Lawak musim ke-3 mungkin dah kembali. kenapa mungkin pula ? sebabnya baru masuk minggu ke-3, seingat aku. Nabil meyerlah selepas minggu yang ke-4 atau lebih awal lagi Nabil dah pun menyerlah. siapa yang tak kenal si Nabil is Hampeh. dunia ke berapa yang engkau tinggal nih ? tak kan korang tak tahu skandal skandal yang dah si Nabil buat. cehh, ok ketepikan benda benda negatif yang die dah buat. tapi best lagi lawak lawak si Nabil nih kot. 


setakat nih, semua peserta Raja Lawak betul betul menunjukkan persaingan yang mantap. aku rasa tepat tengah hari tadi si Nazmi mendahului 62%. tapi sekarang lain pulak. R2 pula yang mendahului carta. serius aku kata Raja Lawak Musim ke-5 betul betul mantap !! tak rugi pun kita tengok mereka mereka nih, lagi happy adalah !

p/s : lawak lawak si Nabil nih lagi lawak johan dan zizan. siapa setuju yang dieorang nih lagi lawak dari Nabil ? yang penting bebudak dua ekor nih memang lawak. dieorang melawak ramai ramai yang happy ! aku rasa peserta kena contohi lawak lawak Johan dan Zizan kalau nak mantap kot ? 

8 comments:

therosputih said...

akak setuju, johan ngan zizan kalu bersama, perghhh...bisa terburai perut akak nih...

susu said...

wa mmg ske zizan, klu nabil urm urmmm..mmg xlah

niesz said...

niesz x follo raja lawak ni sbb kat uma xde astro..hehe..

Piasara said...

best..akk tengok raja lawak tu pun sbb nk tgk johan dan zizan je..dah musim ni, semua peserta berbakat,kira bonuslah kan..

k_Own said...

kak ros : sy pun setuju kak. hehe

k_Own said...

susu : luu pun tak suka nabil ? haha..

k_Own said...

niez : boleh follow kat youtube la. hehe

k_Own said...

kak pia : betul betul tuhh. hehe