Saturday, January 1, 2011

Encik Azaaaaaammmm ku !



First of all, i just wanna to said, HAPPY NEW YEAR 2011 ! yeahhhhhhhh tahun baru lagi.

Apa  azaaaaammmm korang semua sempena Tahun Baru 2011 dan Hijrah kali ini ? sebenarnya bagus siapa yang pasang azam nih ? sebab azam lah macam arah tunjuk kita ! kita nak jadi apa ? nak kemana ? tanpa arah tujuan dalam  hidup, kita macam di sebuah bilik yang gelap, tapi tak ada apa untuk menerangi bilik tuh, harap-harap faham lah apa yang cuba nak sampaikan  ? bahasa saya FAIL bang sori ! then bila kita nak hadapi tahun baru je kita mesti kena ada azam, tapi perlu ke kalau tahun baru je ? baru nak berazam. Sebenarnya tuh hak individu, tapi lagi bagus kalau azam korang tuh korang berjaya laksana kan ! jangan nak hangat-hangat tahi ayam aje ok ? tuhh bukan sifat orang-orang yang ingin menuju kejayaan.

Bila cakap pasal azam kan ? meh aku sertakan apa lah azam aku tahun baru yang bakal aku tempuhi kali ini, tapi tak semua azam aku tuh baru-baru belaka. Dah nak luput tarikhnya pun ada, azam tetap azam !



1. Aku berazam aku nak jadi manusia yang soleh ! maksudnya aku nak kurang/minimize kan lah benda-benda yang boleh senang aku dapat dosa. Macam-macam perkara kan ? contohnya mencarut tak tentu pasal, dah makin jadi habit pulak skang. Paling teruk aku cakp, ‘BODOH’ ! tak patut tak patut kan ?  so apa aku nak buat untuk tak mencarut dah lepas nih ! pastinya aku nak berdiam-diam je, tak mahu bercakap-cakap, bersembang kosong, banyak-banyak kan istighfar ! insyAllah diri kita akan terjamin dari buat perkara yang senang nak buat dosa ?

2. Aku berazam kali nih, aku nak buat sesuatu yang boleh buat ayah dan mak berbangga dengan aku. Apa lah perkara-perkara yang boleh buat bangga untuk diorang kan ? fuhh macam-macam beb ! contohnya, sem nih aku nak berusaha untuk naikkan pointer ! atleast aku dapat naik 0.01 dari pointer asal aku. Biar pun pointer aku naik 0.01, dah cukup buat diorang rasa bangga ! aku tak nak bila sem semakin nak habis, pointer-pointer aku asyik menurun aje. Come on keon, u can do it ! kenapa tak target dekan aje ? ceytttt, pada siapa yang ambil kos aku tahu lah betapa peritnya. Tapi aku tak nak perkataan ‘SUSAH’ itu dijadikan alasan untuk aku tak berjaya.

3. Aku berazam kali nih, aku nak kuruskan badan aku ! tapi kan ramai yang kata aku nih kurus je. Terutamanya si HISHAM, selalu cakap yang aku nih kurus, puji-puji aku, selalu tanya macam mana gaya hidup aku, apa lah ilmu aku belajar ?! kau HISHAM jangan lah buat aku malu je, malu tahu tak jadi pujaan orang ramai. Tapi hakikatnya bila aku lihat di cermin muka ? aku dapat rasakan yang aku makin GEMUK. Ouh noo, bila aku berfikiran macam tuh ? aku mula resah, gelisah, tak tentu arah, tiba-tiba jadi tak tentu pasal. Habis lah ka’MACHO’an  aku sebagai lelaki, then nanti awek-awek aku semua lari bertempiaran meninggalkan aku, apa aku nak jadi lepas nih ?! ok nanti aku sertakan tips untuk kurus dan taf macam aku ok ! ( jangan lahh nak jeles sangat Hisham )

4. Aku berazam kali nih, aku nak berblogging ! kali nih aku dah nampak apa yang aku mampu buat dan apa yang aku tak mampu buat, may be sekarang aku still tak nampak hasilnya bila berblogging but at least aku cuba dan terus cuba, if aku gagal sekali pun aku tetap aku akan bangun ! heyy why so serious nih ?! ishhh tak ada apa lahh, saja nak naikkan semangat aku untuk berblogging ! may be some day’s aku rasa between kerjaya sebagai Engineer dan berblogging tentu tak dapat pisahkan lifstyle aku.  Keon boleh !



5. Aku berazam kali nih, aku nak tengok Malaysia dan Arsenal menuju puncak ! pulak dah ? bola lak tetiba kan ? tuhhh memang azam aku pun, nak sangat tengok dua team nih berjaya di puncak. Azam yang macam nih perlukan usaha apa-apa tak ? aku rasa tak kot, satu je yang boleh aku usaha kan iaitu sokongan yang tak berbelah bagi kedua-dua team nih. Dieorang kalah macam mana pun, kena tibai ke ? aku kena juga sokong. Baru betul aku tak di cap sebagai LALANG, harap-harap korang faham lah apa yang di maksud kan dengan lalang ?! harap-harap lahh semua penyokong Malaysia tak lalang sangat, time Malaysia menang baru sokong, biler kalah korang lagi lah tak nak sokong, kritik yang membina pasukan Malaysia tak apa. Malaysia akan gemilang 2011 percaya lah

Aku rasa dah cukup kot azam untuk 2011 nih, nak banyak banyak azam pun buat apa kan ? hehe. Tak perlu banyak sangat, yang penting aku nak azam yang 5 nih aku buat betul-betul. Sebab selama aku hidup di muka bumi nih kan ? aku tak pernah list azam-azam aku, nasib baik ada blog nih, even blog nih lebih bersifat peribadi akan ku usaha kan untuk menjadi lebih umum. Hehehe : ))

So korang ada azam tak ? jangan tak ada ok ! macam yang aku kata kat atas tuh, AZAM lah macam arah tunjuk kita ! kita nak jadi apa ? nak kemana ? kalau tak ada, apa lagi jom lah buat encik AZAM !



p/s: Selamat Tahun Baru 2011, dari saya dan cik Zaty sekeluarga!!

6 comments:

hisham@pawana said...

hadoi keon2..ang ni obses sgt..cermin tu tipoo ang je..
cube tny cermin tu..sape manusia plg ensem kat dunia ni..
for sure ie cakap aku..so xada makna aku nk jeles dgn ang ye..

k_Own said...

hahahaha, ko jgn nak pasan sgt sham! kena cepuk kang haa ? hehehe...

sham awat aku x leh nk komen2 ko haa.. cm ape je....

masshie mastura said...

gud luck on dat ;P
btw ikhwan xpyh nk kurus dhla. jgn gedikk k..

k_Own said...

mash : nape nape ? hehehe. sje je kan.. tak bg i kurus2. haha

Nurul Zaty said...

haha..
dari zaty sekeluarga yek..wee

heppi new year jugak awak!!
nanti sy wat entry sal azam
sbb tak tau nk mngarang sal azam2 ni..hehe

k_Own said...

zaty : buat lahh, nak tahu gak. keh3