Sunday, January 9, 2011

Debaran AJL ke-25


pinjam pic dari suarapeople.com

List list finalist untuk Anugerah Juara Lagu yang ke 25 

1. Sempurna (yuna)
2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
3. Pelita (A.P.I/ Loque)
4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)

********************
wowwww, mantop beb waa cakap dekat itu finalist finalist AJL yang ke 25 nih, serius terbaik dari pandangan mata kasar aku. sebab nya ada lagu lagu yang aku duk suka dengar dekat radio ada je yang masuk FINAL AJL nih. pehhh lagi lagi bebudak indie beb ! tuhh yang aku duk teruje gila babeng. indie the best !

AJL kali nih, aku rasa rasa yang menang ada lahh bebudak indie juga, please percaya kat aku, dah tak ada dah dato' Siti, Aizad sesemua tuhh. so memang confirm confirm bebudak indie nih, tapi mungkin pencabar terdekat bebudak indie nih mesti FAIZAL TAHIR ! pehhh die nih memang lah mantop, tapi kan. ahhh tak mungkin Faizal Tahir. percaya lahhh....

mereka lahh yang akan menang AJL ke 25 kali nih, tuh adalah mengikut firasat aku, so layan lah dulu lagu nih, best beb ! -------->>>>>

********************



********************
kenapa indie menang ?

korang ingat tak suatu masa dahulu yang lagu lagu dari seberang je yang menguasai hampir keseluruhan radio radio tempatan, lagu lagu mereka lahh yang sering di main kan. sampai lagu lagu dari negara Malaysia hampir terkubur dek populariti dari lagu lagu seberang. serius beb nih memang fakta ! 

sampai bergaduh-gaduh radio dengan penerbit lagu lagu tempatan nih. pernah suatu ketika dahulu mereka nih suruh Menteri dlm hal ehwal kebudayaan paksa radio tempatan pasang lagu tempatan 90 % berbanding 10 % lagu dari luar negara. ehhh tapi kalau jadi macam tuh kan ? aku rasa aku tak dengar radio kot. lagi best aku dengar MTV ? pehh layan kot. time tuh bagi aku bukan lagi era dato' Siti serta angkatan-angkatan nya, ketika itu  lagu lagu seberang lahhh yang menjadi pujaan begitu ramai rakyat Malaysia. siapa tak kenal si PETERPAN, Sheila on 7, Radja memang budak budak nerd lahh. hahaha....

malu nak mengaku peminat PETERPAN ! HAHA

sekarang ?

sejak indie nih di gempak gempur kan oleh angkatan angkatan Indie di Malaysia ini, persepsi rakyat tempatan sendiri terhadap industri MUZIK di tanah air, berubah secara agresif !! lagu lagu mereka juga menjadi buruan oleh semua syarikat-syarikat RADIO,malah  lagu lagu mereka juga sudah menjadi perhatian semua golongan termasuk lah mak cik- mak cik dan pak cik-pak cik. mereka siap mampu ber miming lagu lagu mereka, ini merupakan tanda aras yang lebih positif terhadap industri Muzik tanah air kita.

sejak dari itu juga aku mula berjinak jinak pergi GIG, di mana gig juga merupakan pentas untuk bebudak indie nih nak tonjol kan bakat bakat meraka serta tempat untuk mereka menterjemah kan hasil hasil karya mereka. time tuh aku berdarah muda, sanggup pergi esak esak dekat crowd ! mosher mosher ! melompat lompat bagai kera dapat pisang ? pehhh cukup mengagumkan lagi apabila band band yang aku minati perfom ? wowwww aku pedulik apa penat ke tak. sebab band band best selalu nya akan perform last last. tapi tuh dulu dulu lahhh. sekarang just nak pergi konsert konsert besar je ! HAHA

bila indie nih menjadi sebahagian dari part of MALAYSIAN, aku berharap lahh orang orang di Malaysia nih sokonglah muzik tanah air. dah aku tak larat nak dengar lagu lagu seberang menguasai radio radio kita. main kan lebih lagu lagu kita, tapi jangan tak langsung lagu lagu dari luar masuk dah lahh. tuh perkara yang tak sihat dalam industri nih, ye lahhh kita juga perlu dengan perkembangan luar. support MALAYSIA itu penting yokkk ! 

korang vote sapa menang AJL ke 25 nih ?! aku dah vote for pelita by A.P.I  ! hehe

p/s: konpem pelita by A.P.I menang AJL ke 25 nih, korang jangan tak perform macam biasa sudah. boleh boleh suara korang sedap bangattttttttt ! haha....

9 comments:

hans said...

aku dah ready nak tgok secara online malam kang
hehehehe

P/S : Siapa Yang Pernah Pergi Brunei? Apa Yang Seronoknya Di Sana?

misSbLurRy said...

hans....aku pun...wahahah

tuan bloq,

aku sokong lilin by air yang menang
wahahhah.....kidding

therosputih said...

tatau nak predict sape menang...tak sabar nak tgk mlm ni, tiap2 tahun tak pernah miss, musti tgk...walaupun ajl lagi tua dari akak...ekekeke

PinQib said...

argh
malas nak teka3
tp hrap stacy adgk menang something :)
| Gelagat Anti INDIA|

k_Own said...

hans : ready ye ? selalu tengok dekat mana ye ? hehehe

k_Own said...

miss blurr : ahh tidak. API juga. hehe

k_Own said...

akak ros : sy tengok tiap tiap tahun, tapi semua pilihan sy salah. huhuuu

k_Own said...

cik Zaty : hehe, nk buat macam mane nye ? haha

k_Own said...

pinqib : hehehe, boleh ke si Stacy tuhh. lalala~