Monday, January 31, 2011

Apa dah jadi MESIR ?

 


Sebenar nya apa yang betul betul dah jadi di Mesir tuh dan kenapa ada pergolakkan di sana ?

gua pun pelik sebab gua tak tahu kenapa tetiba je Mesir dan seluruh keadaan di Arab jadi tak menentu. rupa rupa nya memang patut Mesir sekarang nih kucar kacir dari pendapat gua lah.

ini semua pasal PEMIMPIN mereka, rakyat jadi sangat tak puas hati terhadap kepimpinan PEMIMPIN mereka. mereka sudah hidup bersama dengan PEMIMPIN mereka hampir 30 tahun, tetapi keadaan hidup rakyat langsung tak di peduli kan, kemiskinan merata-rata, kebajikan rakyat langsung tak di endah kan. bila tetiba je PEMIMPIN mereka nak berundur ! PEMIMPIN tersebut nak menghadiahkan jawatan tersebut kepada anak dia pula. umpama mencurahkan petrol ke api. langsung menyemarakkan api perjuangan rakyat mereka yang selama nih mahu PEMIMPIN tersebut berundur. tapi PEMIMPIN buat buat tak tahu ! lihat apa dah jadi di MESIR ?

semangat ini terus merebak ke serata ARAB, termasuk lah di negara TUNISIA dan JORDAN. semua gara gara pemimpin mereka yang langsung tak reti nak memimpin negara. rakyat tak puas hati disebabkan pemimpin mereka. syukur gua pada Malaysia yang kini aman, gua juga berharap PEMIMPIN Malaysia jangan lah ikut jejak Pak Arab yang tak guna itu. huh !

rakan gua pun ada di sana, gua just mampu doakan keselamatan dieorang..

Serba sedikit pasal MESIR 

apabila Presiden Hosni Mubarak dituntut untuk berundur oleh rakyat Mesir itu sendiri. beliau yang telah menimpin selama 30 tahun dikatakan tidak menghiraukan kebajikan rakyat dimana pengangguran dan rasuah berleluasa. tempoh 30 tahun yang terlampau lama ini menimbulkan rasa tak puas hati rakyat

ura ura yang mengatakan bahawa jawatan presiden selepas ini akan diturunkan keapda anaknya menambahkan lagi kemarahan rakyat yang sudah lama terpendam umpama mencurahkan petrol ke api.

Faktor-faktor pergolakkan

1- Kepimpinan yang korup dan mementingkan diri

negara adalah untuk rakyat dan sebagai pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat. sekiranya kebajikan rakyat terabai dan pemimpin itu dibutakan dengan nikmat harta maka rakyat akan merusuk kerana merasakan ketidak adilan

2- Tempoh pemerintahan yang terlampau lama

Presiden ini memimpin sudah terlampau lama.  30 tahun bagi Hosni. satu tempoh yang lama dan akan menimbulkan kemarahan rakyat apabila dalam tempoh itu kebajikan mereka terabai. idea idea mereka mungkin tidak lagi relevan dengan kehendak rakyat dan kelemahanpemerintahan merek sudah dikesan rakyat dan bagi rakyat sudah tiba masanya mereka berundur tetapi keengganan mereka mereka berundur kerana kuasa menegangkan keadaan ini.

3- Kebajikan rakyat yang terabai

kehidupan ekonomi kedua dua negara ini terabai kerana berlaku peningkatan dalam harga barang asas seperti keperluan makanan. kenaikan ini akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan rakyat merasakan mereka semakin miskin tetapi pemimpin mereka hidup kaya raya

contohi Khalifah Umar Abdul Aziz

walaupun tempoh pemerintahan beliau amat singkat tetapi sifat baginda yang sanggup bersusah dan berkhidmat ikhlas untuk rakyat telah menjadikan kerajaan ketika itu kuat dan penentangn yang berlaku dapat dikurangkan.


20 comments:

Cik NurulZaty said...

semoga kat sana selamat selamat hendaknya~


:) huu.

k_Own said...

sabar ye awak, kawan kawan kita selamat kot ?

CikBulat said...

Ya Allah,gambar2.. selamatkan mereka Ya Allah !

k_Own said...

sabar ye Cik Bulat. huhuuu abang Cik Bulat baik baik aje...

muzakkir said...

afif + EBI apa crita?
gila bes maen bakar bakar nih...
hahaha

k_Own said...

hehe aku jamin die ok kt sane..

jgn d rogol pak arab sudah. haha

Mrs Caspian said...

td tgk berita..sebarang talian keluar masuk mesir dah diputuskan..internet,,elektrik..adoiyaii..kesiaann sahabat2 yg kat sane tuh..:(

k_Own said...

betul tuh, kengkwn sy pun de d sana. huuu

yoi said...

owh. tu ke sebab nye? siries tatau. katak bawah tempurung. =.="
slalu dengar org cite da buruk je, but tatau punca die. may allah save them.

therosputih said...

aih...kesian penduduk kat sana...jagalah malaysia leklok, takmo jadi mcm kat sana....

k_Own said...

yoi : betul itu y terjadi di negara arab sana. teruk kan ? huhuu...

k_Own said...

kak ros : betul betul. harap harap lah malaysia x ada apa apa kan ? huhuuu

fadwa said...

semoga manusia sentiasa dilindungi..

k_Own said...

fadwa : ye harap harap.. huhuu

ferra ferro said...

harap-harap diorang kat sana selamat . cant imagine da situation kan3 .

orang muo said...

hosni mubarak ke arah diktator...rakyat mesir mmg patut bangkit...tumbangnya pemimpin rakus kerajaan2 di asia barat termasuk arab saudi menandakan bermulanya era baru pemimpin yang dinanti..namun kemungkinan perang dahsyat akan berlaku sebelum wujudnya dunia yg aman dan makmur...nantikan..

KONCO BLOGGY! said...

MARI SAME2 SOLAT HAJAT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SAUDARA KITA DISANA.

ADAKAH INI TANDA KIAMAT KECIL, PERGOLAKAN ANTARA UMAT ISLAM MAKIN MERUNCING..

k_Own said...

ferra fero : tuh lahh. huhuu

k_Own said...

muo : betuh apa yang bro cakap. setuju seratus peratus kalau pemimpin ini d guling kan ? huuu...

hosni mubarak memang patut berundur..

rakyat mesir patut bangun..

k_Own said...

konco : betul bro, tapi kiamat berada di mana mana kan ?