Thursday, December 9, 2010

Wowww MALAYSIA !


semalam di HAKIM SEKSYEN 7, ada pasukan sorak team MALAYSIA, dieorang bersorak, menyanyi, pehhh bila aku tengok macam tuh kan ? terdetik dalam hati ku '" ada rupanya orang-orang macam ini ya di MALAYSIA, ye lahhh bukan ke MALAYSIA macam tak layak pergi second round tapi dieorang tetap memberi sokongan walaupun LAOS berjaya menyamakan kedudukkan " langsung tanggapan aku meleset, apa lagi kan ? aku pun turut menyorak pasukan MALAYSIA ! tapi just menyelit-nyelit aje lahh sorakan aku tuhh, tapi aku tetap sorak ok ! MALAYSIA BOLEH ! hell yeahhh.....


salah ke aku kritik MALAYSIA bila dieorang beraksi ?

hurmmmm, bagi aku, tak salah ? tahu kenapa. sebab dengan hanya kritikan MALAYSIA akan terus maju dalam sukan bola sepak nih. ingat tak masa MALAYSIA menang sukan sea baru-baru nih. pehhh aku lahh orang yang lantang mengkritik, tengok hasil nya ? ok lahh even kritikan aku tak sampai kat dieorang, tapi bukan ramai di luar sana yang mengkritik, malah mesej-mesej kritikan dah sampai ke telinga mereka. dan sekali lagi , tengok hasil nya ? hebat tak MALAYSIA ! ok pada yang mengkritik dan menyokong terus kan lah usaha anda, MALAYSIA BOLEH !

macam mana aksi MALAYSIA semalam ?

SKUAD negara berhak dihambur segala pujian berpandu kepada semangat dan komitmen tinggi ketika membelasah Laos, 5-1 di Palembang, malam tadi – intipati yang menghadiahkan mereka tiket berharga layak ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF.Apapun, anak didik K Rajagobal satu ketika seperti berwajah kurang ceria selepas wisel penamat di Stadium Jaka Baring kerana lebih bimbang dengan penyudahan keputusan di Jakarta membabitkan Indonesia menentang Thailand ketika kemenangan buat Thailand akan melenyapkan terus peluang kemaraan mereka.

Beberapa minit selepas itu, tiba-tiba pemain negara bersama jurulatih, Rajagobal dan pegawai pasukan lain melonjak riang selepas menerima perkhabaran Indonesia menewaskan lawan 2-1 dan berterima kasih kepada bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas menjaringkan kedua-dua gol menerusi sepakan penalti.“Kemenangan ini harus dipertahankan dan dimaksimumkan sehingga mampu mencatat kemenangan pada halangan berikut,” kata Rajagobal yang kini harus menghala kepada usaha mencipta kejayaan kedua selepas membantu pasukan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009.

Dalam saingan separuh akhir pada 15 Disember ini di Kuala Lumpur, Malaysia selaku naib juara Kumpulan A akan menentang juara Kumpulan B yang masih samar-samar ketika ini kerana Filipina, Singapura dan Vietnam masih ada peluang apabila berentap dalam perlawanan terakhir, malam ini.Mohd Amri membuka jaringan seawal minit keempat selepas kapten Selangor itu menanduk masuk hantaran rendah Norshahrul Idlan Talaha yang melepasi benteng pertahanan sebelah kiri lawan.Namun, kegembiraan pemain negara tidak bertahan lama apabila Laos dibimbing David Booth – yang turut mencari kemenangan untuk ke separuh akhir – pantas menyamakan kedudukan hasil tandukan Lamnoum Singto pada minit kelapan.

Amri yang bijak mencari ruang akhirnya sekali lagi meletakkan Malaysia di depan apabila menerima hantaran cantik kapten, Safiq Rahim pada minit ke-41 untuk mendahului 2-1 pada babak pertama.Selepas rehat, Mohd Amirulhadi Zainal mengukuhkan kedudukan dengan gol ketiga minit ke-74 sebelum Nurshahrul Idlan Talaha mengambil giliran dengan gol keempat, minit ke-77 dan Mahalli Jasuli menambah derita Laos pada minit ke-90 buat jaringan kelima pasukan.

berita asal : Klik disini

korang sebagai rakyat MALAYSIA puji tak aksi semalam ?

huhhh ! mesti lah kena puji, korang kutuk-kutuk juga kan ? tapi kita kena lah puji aksi dieorang semalam ingat senang ke nak main-main bolasepak tuhh ? korang perlu banyak skill baru hebat kot ? di MALAYSIA bagi aku, dieorang dah sangat sangat hebat, ye lahhh kalau tak  hebat kena tak jadi lah pemain MALAYSIA. tapi dieorang kena lahh berganda-ganda hebat nya lebih dari apa yang ada di MALAYSIA. hehehe. apa-apa hal aku tetap salute MALAYSIA beraksi ? cuma di bahagian pertahanan korang kena lah lagi aggresif , di bahagian serangan korang jangan tumpul sangat dan di bahagian tengah korang kena lah betul betul control bola, passing kasi cun ya ! hehehe....

Harapan rakyat MALAYSIA ?

sudah tentu harapan kami semua ialah sampai FINAL, lepas nih korang akan jumpa VIETNAM di pentas SEMIFINAL kan ?haa VIETNAM? pehh korang boleh lah makan team tuhh, boleh punye wehhh ! bagi aku korang boleh menang dengan VIETNAM, dan seterusnya menang di FINAL pula. hehehe. pehh harapan tinggi tuh kan ? harapan aku tinggi tapi aku tetap akan mengkritik korang lahh. hehehe.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara !








No comments: