Thursday, December 2, 2010

Ledak satu diganyang LIMA !


Apa sudah jadi nih Malaysia ? 5 di balas 1 ? bukan nak mengutuk ke apa ? tapi keputusan perlawanan semalam sememang nya mengejutkan ramai pihak termasuk lah aku ! sebenarnya mutu bola sepak Malaysia di tahap mana ? betul ke Indonesia kali nih betul betul hebat ? bukan kah kita baru sahaja menunjukkan prestasi yang agak membanggakan di sukan Sea serta di sukan Asia baru baru nih. Adakah kejayaan tersebut hanyalah bersifat sementara ? ouhhh sedih betul !

Salah siapa ?

Adakah salah pemain pemain malaysia yang kurang semangat , di luar padang dan di dalam padang penuh bergaya ! kasut bola cantik cantik belaka ! rambut korang pacak pacak ! bermain macam budak budak ? adakah salah pihak pengurusan iaitu FAM, mereka sudah pun memberi jutaan ringgit untuk memajukan bola sepak MALAYSIA, adakah pihak pengurusan adalah dari orang orang SULTAN, bukannya dari pemain pemain bola sepak MALAYSIA ! ataupun peminat peminat itu sendiri ? peminat macam biasa, mereka bertindak sebagai pemerhati, pengkritik malahan juga sebagai penyokong! Ok korang selalu kata kan ? alaaahhhh senang senang ko je lahh main , senang senang je lahh nak kirtik ye ? deyhhh come on lahh, kalau tak ada pengkritik,  tak meriah lahh beb bola sepak Malaysia, habis tuh malaysia dah kena teruk, ko masih nak puji melangit MALAYSIA lagi ? ahh sudah lah hipokrit betul ! Ahhh sedih ( T . T )

Adakah Malaysia masih memerlukan jelmaan SUPERMOKH untuk berjaya ? seingat aku, Malaysia sangat lah digeruni termasuk lah Jepun, Korea Selatan etc, suatu ketika dahulu. Aku rasa tuhh waktu era SUPERMOKH, bila korang tengok balik perlawanan perlawanan dahulu, yang pernah SUPERMOKH main, korang boleh tengok balik, berbeza sungguh semangat yang ada pada SUPERMOKH berbanding pemain pemain Malaysian kini. Macam langit dan bumi ! aku rasa lahh kan kalau lah SUPERMOKH masih hidup, bola sepak Malaysia tak jadi macam ini. Huh ! tolong lah Malaysia korang kena ada semangat seperti Arwah SUPERMOKH ! contohi lah beliau. Sebenarnya ramai lagi legend ! kalau aku cakap pun tak ramai yang kenal kan ? hehehe

Situasi semalam ?

KEMPEN Piala Suzuki AFF negara tampak seperti menjanjikan harapan baru pada 20 minit pertama permainan perlawanan pembukaan bertemu Indonesia di Stadium Bung Karno malam tadi, tetapi baki 70 minit seterusnya menyaksikan harapan itu diragut pasukan tuan rumah dengan kemenangan besar 5-1.Malaysia bermula baik pada babak pertama jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18 meletakkan negara di depan selepas penyerang itu menerima umpanan baik daripada Mohd Safee Sali yang mengawal kemas bola dari sisi padang.

Namun kegembiraan kem negara tidak bertahan lama apabila Indonesia menyamakan kedudukan selepas Mohd Asraruddin Putra tertampan bola ke gol sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang ke depan pintu gol oleh pemain tuan rumah pada minit ke-21.Pertahanan anak buah K Rajagobal terus ditimpa masalah, dan gol kedua Indonesia sebelum rehat muncul menerusi Christian Gonzales (m33) yang berjaya menggelecek dua pertahanan negara sebelum merembat melepasi Mohd Sharbinee Allawee.

Pada babak kedua, barisan pemain muda negara terus ditimpa malang apabila gerakan satu dua pemain tuan rumah berjaya memperdayakan pertahanan Malaysia untuk Muhammad Ridwan (m52), Arif Suyono (m76) dan Irfan Haarys Bachdim (m93) melebarkan kedudukan kepada 5-1.Malaysia kini di tangga tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata, manakala Indonesia melonjak ke tangga teratas, mengatasi Thailand dan Laos yang berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 semalam. Malaysia akan berdepan Thailand Sabtu ini manakala Indonesia bertemu Laos.

Berita penuh : Berita penuh

Harapan ?

Lepas nih pasti semua pihak tak nak MALAYSIA di belasah teruk oleh THAILAND dan juga LAOS. Dua dua pasukan ini telah menunjukkan perlawanan yang sangat menarik. So tak kisah lahh dieorang macam mana Harapan kami semua peminat peminat pasukan Malaysia adalah korang jangan lah memalukan Malaysia ! tak nak korang di belasah teruk seperti Indonesia ! jangan main macam budak budak, korang dah pegang bola bertahun tahun tapi pegang bola tapi main still macam budak budak ! kalau boleh perlawanan seterus nya menang dan menang, kalah pun main sampai ketitisan peluh yang terakhir ! semangat semangat kena ada ! ( kan bagus pemain bola sepak Malaysia tengok )

MALAYSIA COME ON !!!! YOU CAN DO IT !!!!

3 comments:

mohamad muzaKKir said...

defense dia cm x kental la yop.. jujur gua ckp...

k_Own said...

taw x ape. aku malas nk ulas panjang. ckp sme je. haha

k_Own said...

same lah kite. huhuu !