Friday, December 3, 2010

Hypertension



                                                           some of the factor  



Oh no guys, korang nak tahu kenapa, baru baru nih, aku pergi check blood pressure (BP) aku, then korang nk tahu aku dapat berapa BP aku ? 140/114 mmHg. Thats mean BP aku menunjukkan, aku dah mempunyai tekanan darah yang tinggi, kalau yang normal tekanan dieorang just bawah 120/80 mmHg, cuak gila aku  jauh kot dengan yang normal ? adakah sebab aku kuat belajar sampai aku terkena hipertensi ? hahaha tuhh memang alasan yang bernas, kalau korang nak tahu ape itu darah tinggi ambil lah kos yang sedang aku belajar ! hehe tapi badan aku bila d describe aku seorang yang agak TAF !

Sebenarnya darah tinggi tidak mengira usia untuk menyerang. Habis ayah aku marah marah sebab aku kena macam nih, dia tak nak anak anak die kena macam ini, tapi aku dah kena di usia muda. Ouhhh i get it, so what should i do ?

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001

- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup
Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

          kalau dah kena darah tinggi, banyak organ organ penting akan kena seperti di atas 


Darah tinggi bermaksud ?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

(hope korang paham serba sedikit pasal darah tinggi atau hipertensi)

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal : Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn
Normal Tinggi : 130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup
Hipertensi 
Peringkat 1: 140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup
Peringkat 2: 160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan
Peringkat 3: 180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu
Peringkat 4: 210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

So aku sudah berada di peringkat 1, pehhh. Aku tak nak semakin tinggi usia aku, semakin lah tinggi peringkat peringkat darah tinggi aku !

GEJALA-GEJALA YG BIASA

1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Tegang tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

Setakat nih, aku just rasa pening pening aja ! pehhh, tak nak lah rasa yang lain ! huhuu

AMALAN DIET

1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

Emmm no 1, no 2, no 4, no 5 tapi merokok aku tak buat, no 6 dan no 7.  So sekarang aku kenalah berhati hati dalam pengambilan cara permakanan aku. What the hell ! hahahaha.

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI

1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, panggang, sekali kala goreng.



Hehe, makanan makanan di atas ke aku kena ambil ? pfftt, serius aku tak ada selera nak makan. Ahhhh, wehh keon ko nak hidup lama lagi tak ? ikut je lahh cara pemakanan yang macam ini. ye lahh ye lahh, kalau tak , tak sempat lah aku kahwin kan ? hehehehe. So nasihat aku untuk kawan kawan aku di luar sana, korang try lah check darah tinggi korang, tak susah pun just pergi klinik berdekatan, tak pun siapa siapa yang ada alat untuk check BP lagi lah boleh kan ! Mana lah nk tahu tinggi ke  ? penyakit nih tidak mengira usia, aku pun dah de simptom simptom yang ditunjukkan ? so i must worried about it.

Cerita lanjut : Klik disini
                     Klik disini

No comments: