Thursday, December 16, 2010

I like Malaysia !



Assalamualaikum ! (entry bola lagi )

Semalam, adalah malam yang agak gemilang buat pasukan Malaysia. Tahu kenapa ? sebabnya pasukan Malaysia menang lahh beb ! rugi lah pada sesiapa yang tak tengok match semalam, sebab match semalam macam yang aku jangka kan Malaysia menang, tapi yang aku lihat Vietnam aje lah yang pegang game tuh pun. Then aku nak puji pertahanan Malaysia, dieorang betul-betul dah cuba tak nak jadi masa dieorang lawan dengan Indon dulu, serius bola dah tak terlepas, clear bola dah macam EPL, semanngat gila time kejar bola dan paling best Vietnam asyik serang aje tapi tak juga gol. Salute lah pada pertahanan Malaysia ! last but not least, aku nak ucap kat terima kasih dekat Safee Sali sebab menjaringkan 2 gol yang amat bermakna buat Malaysia. Salute lah Safee Sali !

Perlawanan kedua ?

Second match dieorang adalah pada 18 aribulan nih di Hanoi. Semalam di Bukit Jalil, aku dapat anggarkan yang penyokong Malaysia adalah seramai 40 ribu ke 50 ribu orang yang bertandang ke sana. “kenapa stadium macam tak penuh je?” aku rasa dulu masa Malaysia asyik kalah je tak lah seramai tuh kot ! betul beb, serius sejak dua tahun kebelakangan nih penyokong Malaysia dah makin ramai, Fanatik sampai baling-baling botol dekat REFREE yang tak puas hati, lagu-lagu patriotik Malaysia di nyanyikan even aku tengok dekat TV je tapi aku dapat dengar nyanyian dieorang dan seribu macam benda lahh yang baru dah penyokong buat untuk sokong Malaysia ! Salute lah fan-fan Malaysia !

Situasi semalam ?

Safee ledak dua gol; Anak buah Rajagobal sebelah kaki di final

SAFEE Sali menjaringkan dua gol berharga untuk memberi bekalan selesa buat skuad negara bagi perlawanan kedua di Hanoi, Sabtu ini selepas membantu barisan didik K Rajagobal yang tampil memperagakan aksi garang menewaskan Vietnam 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.Tidak dinafikan skuad muda negara harus diberikan segala pujian atas komitmen dan semangat tinggi ditonjolkan sepanjang saingan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF – intipati yang membutirkan kemenangan penting buat menyalakan impian layak ke final buat kali kedua sejak 1996.

Lautan penyokong tempatan yang membanjiri stadium serta kelompok kecil penyokong Vietnam berpakaian serba kemerahan turut mengapikan semangat perjuangan pemain tuan rumah ketika berjaya menyajikan persembahan terpuji penuh dominasi di laman sendiri. “Setiap pemain bertindak seperti diarah dan ini punca kemenangan pasukan malam ini (malam tadi). Kami berjaya mengawal permainan dan seharusnya menjaringkan gol pada babak pertama. Tapi tugas masih belum selesai, pemain begitu gembira pada saat ini,” kata Rajagobal.

Safee yang hanya dimasukkan selepas senarai kecederaan yang bertambah serta diketepikan daripada Sukan Asia 2010, menanduk padu sepakan percuma kapten, Safiq Rahim pada minit ke-60 walaupun usahanya terkena tangan penjaga gol, Bui Tan Truong. Penyerang Selangor itu kemudian memastikan Malaysia memiliki kelebihan selesa untuk dipertahankan dalam tempoh tiga hari lagi apabila pantas menyambar bola muntah Tan Truong yang gagal menangkap kemas rembatan deras Safiq, 10 minit sebelum tamat permainan.

Ia adalah habuan terbaik buat barisan K Rajagobal yang banyak menguasai perlawanan dengan gerakan pantas yang sering mengucar-kacirkan pertahanan lawan, manakala berjaya mengehadkan Vietnam kepada percubaan jarak jauh.

Berita lanjut : klik sini

Masihkah Malaysia ada harapan ke FINAL ?

Aku still optimis Malaysia ke Final dan di Final Malaysia akan bertemu dengan Indonesia. Kenapa tak Filipina ? sebabnya aku tak puas hati dengan Indonesia apa-apa hal, kalau-kalau Malaysia akan ke FINAL serius aku nak ke BUKIT JALIL menyokong dari sana. Bila dapat menyokong dari sana, kita dengan perasaan PATRIOTIK membuak-buak tak tentu pasal, MALAYSIA beb aku orang Malaysia.  Apa-apa hal, Malaysia kenalah lepas dulu dengan Vietnam di Hanoi ! senang je, korang bertahan selama 90 minit then, kekalkan agregat 2-0 tuhh. Malaysia Boleh !

COME ON MALAYSIA just sebelah kaki je ke final ?! 

8 comments:

PinQib said...

yey mesia JUARAAAAAAAAAAAAAAAA

tengs follow
singgah balik. keep intac

follow bek too

How much do u LOVE me? | First Two Wheels Moment | Direview oleh blogger OTAI. Wootwoot!

PinQib said...

yey mesia JUARAAAAAAAAAAAAAAAA

tengs follow
singgah balik. keep intac

follow bek too

How much do u LOVE me? | First Two Wheels Moment | Direview oleh blogger OTAI. Wootwoot!

k_Own said...

thanks pinqib ! hehehe

zati azman said...

jyeah , i love malaysia too. suka sangat dekat safee sali and fahmi. Terbaik lah dyeorg

k_Own said...

eleeeh, mentang mentang dieorang rambut pacak u suke lah kan ? hehe

zati azman said...

err mana adalah you. Ada je pulak tau haha. I suka sangat tgk dyeorg main lah , hadoiii :)

k_Own said...

eceyhh ! nseb baik i x wakil Malaysia. kalau tak ? u dh suke i kot. haha

zati azman said...

you layak ke nak masuk wakil malaysia ? HAHA :P