Tuesday, December 7, 2010

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi ?

                                                        banyak nye naik !


Salam, korang dah tahu kan ? baru baru nih kerajaan kita dah naikkan beberapa barang seperti petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam hari itu. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Ohh kenapa dan kenapa kerajaan buat macam itu ? aku pun terpikir sejenak kenapa kan ? korang tahu tak, kebanyakkan pengguna yang terasa kenaikkan beberapa barang tersebut adalah dari golongan pendapatan rendah.

GULA ?

Ye lahhh korang sendiri leh fikirkan walaupun harga gula naik 20 sen, pasti lepas nih, kedai kedai mamak yang sememangnye mahal akan terus mahal, mak cik mak cik yang jual kuih-muih tak boleh nak letak harga 3 biji kuih seringgit dah dan bermacam macam hal lagi lah. Kerajaan korang tak nampak ke hal hal macam nih terjadi ? korang tak rasa ke dengan naikkan harga gula tuh harga harga lain tak naik ke ? even 20 sen ! lepas nih nak lepak mamak pun mesti harga Teh O ais jadi RM 1.50. huhh!

Konsep 1 MALAYSIA ?

pehhh korang nih macam tak guna konsep “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” ceyttt x nampak pun macam rakyat didahulukan. Apa yang aku nampak kan ? duit duit tuh yang korang dapat tuh pasti akan mengemukkan orang orang yang berada di atas tuhh. Haha aku dah nampak siapa yang gemuk tuh. kenapa aku cakap macam tuh ? selama nih korang nampak tak SPRM jalankan tugas ? haa bila dah nampak korang nampak tak siapa siapa je yang kantoi kan ? tuhh lah dieorang !

Minyak ?

Pada yang menaikki kenderaan kan ? lagi lah kesian. Ye lahhh even naik 5 sen ? lepas nih pasti harga harga barang di dalam bengkel kereta atau motor pasti akan naik juga ! serius aku cakap wehhh. Aku nak beli minyak hitam motor pun macam itu juga. Huh ! gaji tetap tak naik naik juga ( cehh cakap macam dah kerja ajee ) hehehe.  Setahu aku lah kan, masa pimpinan mahathir dahulu, negara pernah  di landa kemelesatan ekonomi sekitar tahun 1998, minyak tak pernah pun naik harga sesen pun, ketika itu menteri kewangan ialah Anwar dan perdana menteri ialah Mahathir! pehhhh, korang boleh nampak tak ? kenapa menteri sekarang tak boleh jadi macam dulu ?! huhhh.

Suggestion ?

Bila aku dah nampak macam nih kan ? aku dapat rasakan yang kerajaan sekarang macam terlalu tua untuk memerintah negara yang makin pesat membangun. Come on lahh, negara perlu kan nafas baru untuk membangun lebih pesat lagi, revolusi perlu dilaksanakan ! ok lah cukup lah aku emo emo nih. Hehe. So bagi pendapat aku, lu pikir lah sendiri. Wassalamm !

Berita lanjut : Klik di sini

No comments: