Saturday, February 21, 2015

KERETA SEWA

Kembali lagi gua dalam alam maya ini. nampk macam timbul sekejap, alih alih gua muncul kembali. Tah kenapa gua muncul, dan tah kenapa aku menghilang. Alih alih KERETA SEWA ?

Dulu gua inginiur, 

Kini ?

Gua masih mencari identiti sendiri. Masih mencari cari, adakah ini jalan yang bakal gua hadap? adakah ini jalan yang gua inginkan selama ini? alih alih KERETA SEWA ?

Kenapa cerita pasal KERETA SEWA dalam post tiba tiba ini?

Mungkin inikah identiti yang bakal aku adakan dalam diri ini. KERETA SEWA?

Tak mahu panjang lebar. Nah link KERETA SEWA 

Dah tak mahu jadi inginiur dah ke gua ni? Entah lah, mungkin jurusan dulu pernah gua ambil bakal beralih pada usahawan? Tapiiii, gua tak rasa nyesal sikit pun pasal peralihan identiti. Ramai juga yang bertanya kenapa? dan jawapan yang gua beri mereka sikit pun tak terkejut. Alih alih, rugi dan rugi. Mungkin juga alasan dan jawapan pada persoalan itu sendiri tak masuk akal, tak boleh diterima pakai apa tah lagi kerugian 5 tahun zaman belajar dahulu.

Satu je nak kongsi

Rezeki tu ada di mana mana, usaha dan tawakal baru datang rezeki tu.

Kembali pada inginiur? nanti gua fikir fikir kan eh. Asal kan, klik benda alah ni KERETA SEWA


Monday, December 15, 2014

KEMBALI

Tanggal hari ini gua buka balik blog gua, tanggal 2013 last post gua. Tak sangka wujud lagi blog ini, hasil cetusan idea dari tah siapa siapa. Tak apa, hari ini pembukaan blog gua yang baharu, identiti gua pun makin berubah, bukan macam dahulu. Dulu gua emosi, dulu gua kebudak budakan, dulu gua tak ada arah tuju, dulu gua lemah, tapi kini gua yang baharu. Baharu yang serba baharu.

Kah ! Kah ! Kah !

Masih kekalkan alamat blog yang sama, sebab nya ia nostalgia, semacam banyak sebab, blog ini lah tempat gua ketemukan dengan awek gua. Sini lah tempat gua sampaikan perasaan dan emosi gua terhadap dia. Dia lah kekasih ku kini dan selamanya. Moga Tuhan tetapkan jodoh aku dan dia. Amin Ya Rab.

Ahh idea menulis gua makin kurang.

Selamat Bukak dan selamat menulis

Ikhlas dari hati, hati yang tertusuk dalam angan angan mencari sesuatu yang besar !

Thursday, January 10, 2013

Aku

Selamat tahun baru buat penghuni blog ini.. Tak pasti kenapa, gua tidak update blog gua.. Ntah mengapa, mungkin kini gua dah ada life baru.. Tak perlu berblog.. Tak perlu rasa ingin menghadap blog.. Ntah mengapa.. Ahhh biarkan..

Gua sedang mencari identiti baru.. Atau mencari siapakah aku.. Kenapa perlu nya aku dalam coretan hidup ini.. Kenapa dan kenapa..

Rezeki orang jangan dipertikaikan.. Itu semua kehendak ilahi.. Apa yang gua ingin kata kan kini.. Selamat tahun baru.. Tak banyak perkara baru hendak gua sampaikan.. Paling penting gua cuma mahu tamatkan zaman belajar gua.. Ramai kata, itu zaman neraka.. Tapi bila difikirkn.. Rupa nya tidak.. Ia indah.. Indah seindah nya.. Cuma kita perlu warnakan.. Tak perlu rasa menyesal.. Cukup bertuah bila kita dilahirkan sebegini.. Semoga gua tamatkan apa yang gua dah mulakan dulu.. Ucap syukur dalam hati.. Alhamdulillah..

Saturday, August 25, 2012

Ini baru meriah RAYA !



kahkahkah ! mula mula gua lihat vid ni macam sampah, hakikat nya tidak. Ada mesej gua nampak dari keseluruhan vid ini di tayangkan. 

Mesej nya, keluarga anak cucu Tuk Harun masih meriah meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga yang ramai bersama sanak saudara dan sepupu sepapat. Bertuah bukan, gua pun berharap keluarga macam ini kelak. insyAllah !

Friday, August 24, 2012

Perubahan

Tepat jam 3.30 pagi

Letih kelesuan menunggu game Super Cup Sepanyol antara Real Madrid lawan Barcelona. Heh gua letih, tapi itu kebiasaan pada mereka minat bola. Apa ada hal kalau dah minat, macam shopping dan perempuan tak dapat dipisahkan, hal sama berlaku pada lelaki dan bola. 

Kalau awek gua tak bagi gua overnight memalam nak bersengkang mata tengok bola, dah tentu gua counting sama dia baik baik. Paling tidak gua umpan dengan belanja besar dan dah pasti dia faham kehendak kekasih dia bukan ?

Tapi bukan itu kisah gua nak cerita sekarang, tapi cerita yang melibatkan pelbagai perkara yang gua lihat sejak akhir akhir ini. Gua ter lihat pada perubahan, perubahan yang satu gua lihat, perubahan yang satu dan ter sangat tertarik tuk gua nyatakan. "Iaitu perubahan diri manusia dari segi usia yang semakin hari ingin mengapai hari tua".

Terfikir atau tak ? dah tentu ramai yang terfikir tentang itu. Paling tidak, mereka fikirkan "Bagaimana rupa usia tua kita, hensem, kacak bergaya KAH ?" errr. adakah itu asas dalam kotak pemikiran gua sekarang. Tidak tidak, gua mahu ubah pemikiran jumud ini, gua mahu fikiran yang lebih matang. Masa depan yang cerah bukan itu asas pemikiran yang sebenar.

Gua mahukan masa depan yang cerah, bukan hanya mahu mengapai usia tua dengan berseronok sakan. Bukan itu yang gua mahukan. Bukan itu yang gua mahu kan. 

Perancangan yang teliti, serta pengalaman hidup orang lama menjadi sandaran gua nak gapai masa depan yang cerah di usia tua nanti. 

Mencari duniawi dan Akhiri menjadi matlamat hidup gua kini.


Tuesday, August 21, 2012

Hero

Aktif kah aku ? itu mengarut.

Dah lama gila aku tak berada dalam arena ini. Macam macam benda merasuk aku tuk berada dalam arena ini. Kali terakhir aku aktif dulu, itu waktu aku sedang dirasuk tuk melawan kejahatan. Macam hero dalam filem, berlawan atas nama keadilan, lawan itu, lawan ini. Akhirnya aku kalah dalam bertarungan itu. Aku tersungkur lalu membawa diri ke lembah pengasingan diri. Mahu bertapa menjadi insan yang baharu lebih gah berdiri dengan kisah kisah yang baharu.

Aku hero yang kalah.

Walau kalah, kini aku bangkit. Aku guna kembali hikmat ilmu sakti waktu aku bertapa dahulu. Aku bangkit, Aku bangkit menjadi yang baharu. Hero baharu ?

Aku bangkit bukan nak membalas dendam, tapi aku bangkit tuk membalas budi mereka yang berjaya mengalahkan aku sebagai hero. 

Hero mimpi mimpian mereka kata ? mereka gelak terbahak bahak rasa semacam mereka sedang kata kepada aku tentang sesuatu, oh ya mereka sedang mengejek aku guna gelaran itu. Gila ! aku tak hirau, siapa mereka nak gelar aku dengan gelaran itu.

Ahh aku tak peduli. Aku Hero yang baharu. Sedang bangkit menjadi yang baharu.

Monday, August 20, 2012

Kedua

Kahkahkahkah !

gua gelak tanda lawak. Kini gua berada di Aroma Hotel, Butterworth. Gila raya kedua gua dah berada dalam hotel ? asal tak beraya macam kebanyakkan orang dalam dunia sekarang !

Kahkahkahkah !

Asal gua gelabah macam siput ? Bertenang, tarik nafas. Ok gua dah boleh tenang. Sebenarnya gua kini berada dalam penghijrahan. Hijrah tuk menjadi raya lain dari yang pernah gua rasa.

Mungkin. Eh cau mahu pergi makan char keoy teow kat sungai dua dengan keluarga. cauuuu